421, 706 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bermula 13 November lalu sehingga 13 Disember depan. Daripada jumlah itu sebanyak 3,308 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara membabitkan 33, 631 petugas peperiksaan.
Dalam debaran calon menanti kertas seterusnya, tersebar screenshot Whatsapp yang seakan memberi bayangan soalan Matematik semalam didakwa bocor.
Screenshot group Whatsapp tersebar
Tersebar beberapa screenshot group Whatsapp dalam bahasa Mandarin yang menyertakan jawapan objektif dipercayai bagi kertas 1 Matematik SPM tahun ini. Turut disertakan adalah kapsyen ahli kumpulan itu mengatakan gurunya meminta dia dan rakan-rakan menghafal jawapan tersebut sebelum masuk ke dewan.
Tambah individu itu lagi, gurunya meminta mereka sampai ke sekolah seawal 6 pagi untuk berkumpul dan menghafal jawapan itu.
Kertas Bahasa Cina juga bocor?
Bimbang perlu duduki semula
Salah seorang ahli kumpulan bertanya jika tindakan itu akan ‘kantoi’ sehingga mereka perlu menduduki semula peperiksaan itu. Walaubagaimanapun, seorang individu lain meyakinkan tiada siapa mengetahui hal itu kerana mereka hanya perlu mengingatinya sahaja. Tambahnya, jika pelajar mendapat keputusan cemerlang, sudah tentu pihak sekolah mendapat manfaat.
Netizen rayu tweet dipadamkan
Untuk mengelakkan risiko perlu mengambil semula kertas tersebut, segelintir calon meminta supaya tweet berkenaan dipadamkan sebelum mendapat perhatian pihak kementerian.
Lebih baik retake
Sumber: Alia Syafiqah