berita

‘Sofea Ada Cakap Insya-Allah Nak Pakai Tudung Semula’ – Ibu Haqiem Rusli

September 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ibu Haqiem Rusli

Ibu kepada Haqiem Rusli, Nazrah Nordin mendedahkan bahawa dia akan menjadi insan yang paling gembira jika menantunya, Anis Sofea membuat keputusan untuk mengenakan hijab semula satu hari nanti.

Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut, Padam Gambar Bertudung Di Instagram

Sofea ada suarakan keinginan

Ibu Haqiem Rusli

Memetik laporan Berita Harian, wanita berusia 54 tahun itu berkata, sebagai seorang ibu dia hanya mengharapkan yang terbaik buat anak dan menantunya itu dan seboleh-bolehnya tidak mahu masuk campur mengenai rumah tangga mereka.

Haqiem memang mengharap dan hari-hari berdoa supaya Sofea terbuka hati memakai tudung semula. Saya pun mengharapkan perkara sama.

Bila balik rumah saya dan makan-makan, Sofea ada cakap insya-Allah nak pakai tudung semula.

Saya pula macam tak nak bagi tekanan sama ada pada Haqiem atau Sofea sebab perkara ini sangat peribadi, biarlah mereka atasi sendiri.

Dalam pada itu, Nazrah mengakui rumah tangga anaknya itu tidak terlepas dari sebarang ujian namun menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan yang baik.

Bagi saya, mereka masih muda dalam melayari alam rumahtangga, jadi ada macam-macam dugaan.

Mereka sahaja boleh atasi apa jua masalah, tetapi setakat ini, hubungan sebagai suami isteri baik-baik.

Sebagai menantu dan sejak saya kenal, Sofea tak pernah pun bersikap tak baik, malah sangat menghormati ibu bapa mentua. Begitu juga ibu bapanya, sangat rapat dengan keluarga saya.

Sementara itu, ibu kepada empat orang anak ini mendoakan agar anak dan menantunya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata suatu hari nanti.

Pada April yang lalu, Sofea menerima pelbagai kecaman dari wargamaya di media sosial selepas tampil mengenakan imej tidak bertudung dan bertindak memadam hampir kesemua gambarnya bertudung di Instagram.

Sekadar info, Haqiem dan Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 yang lalu dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan pada ketika itu.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×