berita

Solange Knowles Muka Baru Madewell!

August 10th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Si cantik hitam manis yang merupakan seorang ‘singer-songwriter’, aktres, model, penari , dan DJ iaitu Solange Knowles adalah nama yang hebat sering diperkatakan.

Beliau yang juga merupakan adik perempuan kepada seorang penyanyi diva terkenal iaitu Beyonce Knowles dilihat lebih cenderung ke arah bidang glamor.

Solange Knowles yang terkenal dengan lagu ‘ain’t no way’ itu buat pertama kalinya menandatangani kontrak dengan satu label fesyen.

Penyanyi berumur 26 yang mempunyai seorang cahaya mata ini menjadi muka baru bagi kempen iklan Madewell, J. Crew’s Sister Store.

Slogan bagi kempen itu “Mix Well. Madewell”, dimana Madewell mengetengahkan koleksi untuk autumn 2013 yang akan dibintangi oleh Solange dalam iklan-iklan jenama katalognya.

Beliau yang merupakan wanita berfikiran ke hadapan dalam permainan fesyen  turut ditugaskan untuk  berjalan longlai, memberikan senyuman yang bersinar bagi mewujudkan personaliti yang meriah.

Beliau yang selesa dengan pancaran lampu ‘spotlight’ melemparkan senyuman manis tatkala penggambaran dilakukan.

Menghidupkan suasana yang gembira di lokasi penggambaran menyerlahkan lagi personaliti beliau yang ‘fashionista’ dan tampil hebat apabila memperagakan fesyen tersebut.

Dengan memakai topi besar yang lembut ke lokasi pengambaran, ianya sekaligus menawan hati pereka fesyen terhadap beliau.

SKIP THIS AD ×