berita

‘Solat Dhuha Tak Pernah Tinggal, 12 Rakaat’ – PU Riz ‘Buka Cerita’ Tentang Hafidz Roshdi

November 14th, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Bin Mohd Ismail merupakan salah seorang penceramah bebas yang dikenali anak muda. Pernah terpalit dengan kontroversi foto lucah sebelum ini, isu tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat PU Riz untuk terus mengembangkan sayap dalam dunia lakonan.

Dia juga pernah bergandingan dengan Hafidz Roshdi dalam sebuah drama Kelip-Kelip Kota London. Kagum dengan peribadi Hafidz Roshdi yang disifatkan sebagai seorang muslim sejati, PU Riz berkongsi pengalaman sepanjang ‘tinggal’ bersama pelakon itu selama beberapa hari.

Pertama kali bekerjasama dengan Hafidz

PU Riz menerusi akaun Instagramnya berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran drama Kelip-Kelip Kota London itu bersama Hafidz Roshdi. Sepastinya, sebagai pendakwah yang turut serta dalam penggambaran sering ditanya soalan berkaitan agama.

Apa yang diperkatakan Hafidz tu betul

Masih segar di ingatan PU Riz apabila Hafidz menyarankan semua ahli produksi membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Kisahnya bermula apabila ahli produksi membincangkan mengenai surah yang sesuai di baca pada hari Jumaat sama ada surah Yassin atau Al-Kahfi.

Aku impressed dengan dia

Bukan hanya itu sahaja, PU Riz turut meluahkan rasa kagum apabila melihat seorang artis minat dan ingin mendalami ilmu agama. Malah, dia turut berkongsi pengalaman ketika menginap sebilik dengan pelakon lelaki itu.

Rajin solat dhuha

Lebih mengejutkan lagi apabila dia terlihat Hafidz melakukan solat dhuha 12 rakaat tidak pernah ditinggalkannya, apatah lagi solat fardhu yang wajib. Malah, alarm pada telefon akan mengejutkan dirinya untuk bangun bersolat pada setiap pagi.

Alarm telefon kejutkan bangun solat

Anggap Hafidz macam abang sendiri

Hafidz Roshdi digambarkan sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu dan selalu mengajar PU Riz dalam aspek lakonan. Mereka berdua turut berusaha untuk menyampaikan pengajaran dan ajaran agama dalam setiap lakonan yang disampaikan.

Happy Birthday, Hafidz

Dikesempatan itu, PU Riz turut mengucapkan happy birthday buat Hafidz Roshdi dan mendoakan agar pelakon lelaki itu sentiasan dimurahkan rezeki. Tanggal 14 November merupakan hari ulang tahun kelahiran Hafidz Roshdi yang ke-25 tahun.

Sumber: PU Riz

SKIP THIS AD ×