berita

Solat Jumaat Kekal Seperti Biasa, Khutbah Dipendekkan, Menteri Respon Isu COVID-19

March 12th, 2020 | by faris
Kini Trending

Media sebelum ini melaporkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mulai lengang ekoran ditutup untuk tujuan sterilisasi bagi mengekang COVID-19. Lantaran itu, timbul persoalan dalam kalangan umat Islam sama ada solat yang membabitkan jemaah ramai seperti solat Jumaat wajar diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab persoalan itu setelah diajukan pihak media.

Diteruskan seperti biasa

Menurut Dr Zulfkifli, solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa namun menasihatkan jemaah dan pihak masjid supaya mengambil langkah berwaspada. Antaranya dengan memendekkan durasi khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.

Kami berpendapat solat Jumaat adalah sepatutnya kita lakukan walaupun dalam keadaan sebegini… ambil hukum asal solat Jumaat tetap wajib, cuma beberapa syarat dilaksanakan seperti khutbah dipendekkan serta orang ramai berwuduk di rumah.

Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.

Positif COVID-19 tak perlu hadir

Dr Zulkifli berkata demikian ketika Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tambah beliau, isu solat Jumaat antara 5 kertas kerja yang disediakan untuk dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sebenarnya kami telah sediakan lima kertas kerja untuk dimasukkan dalam (persidangan) majlis fatwa, pertamanya masalah tentang solat Jumaat.

Kedua masalah bersalaman, ketiga masalah kenduri kahwin, keempat masalah pengurusan jenazah dan kelima beberapa saranan lain yang kami kemukakan.

Bagaimanapun, buat mereka yang disahkan positif dengan virus itu tidak perlu hadir solat Jumaat kerana tergolong sebagai orang sakit. Ujarnya lagi, jika COVID-19 ini tidak terkawal, solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor dikerjakan di rumah.

Sumber: Astro Awani, Datuk Dr Zulkifli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×