berita

Solek Anak Lelaki Seperti Perempuan, Lelaki Ini ‘Sound’ Ibu

October 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bagi umat Islam sendiri, mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Allah sangat melarang mana-mana umatnya untuk berpakaian mahupun menyerupai jantina lain. Namun malangnya pada hari ini, masih ramai yang mengambil mudah tentangnya malah ada dari kalangan ibu bapa sendiri yang turut cuba mengubah imej anak-anak kecil mereka menyerupai jantina lain.

Perkongsian pengguna Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini mungkin boleh menjadi peringatan buat ibu bapa yang bersikap sambil lewa dengan menjadikan anak lelaki mereka sebagai bahan ‘eksperimen’ untuk disolek seperti perempuan.

Anak awak tu lelaki

 

Lihatlah kejahilan yang terang-terang dilakukan oleh emak-emak di luar sana. Saat saya perolehi kiriman screenshot ini dari seorang followers, terus mulut ini terpacul perkataan, “bodohnya!”.

Anak awak tu lelaki. Adik awak yang dimake-up tu juga lelaki. Suami awak itu juga lelaki. Saraf otak yang mana telah tersumbat hingga kalian bertindak seperti ini?

Anak lelaki itu lelaki. Jadikan dia lelaki. Tak pernah ke kalian terfikir yang mereka ni akan membesar dalam keadaan keliru identiti dan menganggap dirinya wanita? Atau kalian rasa biarlah, sekali je. Anak aku, bukan anak kau. Tak payah tunjuk baik sangatlah.

Sepatutnya didik anak-anak tak jadi jantina lain

Saya ni tak henti-henti educate adik-adik di sekolah, baik di sekolah rendah, menengah dan IPT agar tidak cenderung menjadi jantina yang lain.

Jaga private part, tahu bezakan sentuhan selamat dan tidak, jangan ejek kawan yang berperwatakan lembut, jangan jadi gay, lesbian atau transgender.

Pendek kata, apa jua perkara yang mendorong ke arah itu, akan saya lawan dan beri nasihat. Tapi emak-emak mendorong pula anak-anak jadi begini.

Ambil pengajaran dari Sajat

Baik, mari saya quote kata-kata Sajat dalam dokumentari di RTM berjudul Halalkah Aku tahun 2012:

Memang daripada kecil saya suka pakai baju kakak-kakak saya dalam diam. Mak bapak saya tak tahu. Bila mak saya tidur ke apa, saya pakai kasut tumit tinggi dia, jalan-jalan. Saya suka bersolek, pakai pakaian wanita dan main permainan perempuan.

Wahai emak-emak, Sajat ni sorok-sorok ya. Mak ayah dia tetap larang dari awal, tapi sudah terlambat. Sekolah menengah beliau sudah ambil pil hormon perempuan.

Kau pula terang-terang solekkan anak jadi perempuan dari kecil. Siap support satu sama lain pula. Puji anak orang tu comel bila dimakeup satu muka.

Takde ke yang tegur?

Tak ada ke dikalangan ahli group The Power Of Makeup yang menegur tindakan kalian ini? Admin memang support juga ya? Atau emak-emak jenis gini akan melenting bila orang nasihat?

Ingatlah apa yang Nabi Muhammad pesan ni,

Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Kalau rasa tak mahu dengar apa yang Nabi Muhammad sampaikan itu, tolong ambil pengajaran dari kata-kata Sajat di atas. Beliau merupakan testimoni paling ‘berjaya’ di Malaysia.

Sumber: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×