Pasti anda tertanya-tanya apakah produk dan cara solekan yang betul sehinggakan wajah selebriti Hollywood kelihatan sempurna dan tahan lama walaupun kian lama terdedah kepada persekitaran luaran. Malah gambar mereka kekal cantik walaupun setelah menyertai acara-acara besar, selepas menjamu selera ataupun setelah berpeluh dibawah sinaran cahaya terang. Mari selongkar tips-tips rahsia bagi membolehkan kulit wajah masih kelihatan sempurna walaupun setelah melakukan aktiviti luar.
Singkirkan Kotoran Wajah!
Langkah pertama, bersihkan kulit wajah anda dengan sebetulnya. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan Eve Lom’s System pada kulit wajah dan aplikasikan dengan menggunakan ’Muslin Cloth’. Seterusnya, aplikasikan pelembap diwajah . Selain untuk wajah, pelembap juga diaplikasikan pada bibir juga yang bertujuan untuk menyingkirkan kulit kering. Pelembap yang berlebihan akan menyebabkan mekap anda mudah luntur, jadi anda perlulah tunggu sebentar sehingga pelembap tersebut menyerap pada kulit wajah .
Calitan Asas Yang Terbaik!
Solekan asas amat penting bagi menberikan hasil berpanjangan solekan tersebut. Bagi anda yang inginkan hasil memukau, Nar’s Pro-prime Smudge Proof eyeshadowbase adalah salah satu alat solekan asas hebat untuk kawasan mata . Selain itu, Laura Mercier’s Oil Free Primer merupakan salah satu alat solekan yang menjalankan tanggungjawab yang sempurna bagi memberikan kesan yang baik pada wajah.
Kesempurnaan Asas Solekan!
Asas yang sempurna merupakan pilihan asas yang utama. Bagi asas yang mencapai kesempurnaan, produk daripada Chanel adalah saranan yang terbaik dengan gabungan serbuk makap padat Chantecaille.
Ukiran Kening Yang Memukau!
Tiba pada bahagia kening! Gerbang ukiran kening yang sempurna mampu memberikan impak besar kepada wajah si pemakai. Halakan sentuhan eksklusif berus kening dengan membentuk imej yang terbaik.
Bayang-Bayang Hebat!
Bayang memukau! Bagi pembayang mata yang menarik, formula krim yang mempunyai kuasa hebat adalah Terry Colour Fix untuk menghasilkan bayang mata yang memukau.
Lingkaran Kalis Air!
Lingkaran lukisan memukau pada alis mata pasti menambat mata yang memandang. Bagi mengaktifkan kesan berpanjangan, celak kalis air daripada Bobbi Browns Long-wear Eye Liner adalah yang terbaik tambahan pula ianya dapat bertahan lebih lama.
Gulungan Kejelitaan!
Kesempurnaan personaliti bagi penghasilan yang sempurna. Gulungan bulu mata yang sempurna lagi melentik mampu menyerlahkan imej yang terbaik. Untuk menghasilkan lentikan yang terbaik, keringkan pengepit bulu mata dengan ‘hairdryer’ selama 5 minit, kemudian aplikasikan pada bulu mata. Pasti bulu mata kelihatan melentik. Jangan lupa maskara ye!
Merah Si Cantik!
Merah jambu keayuan! Untuk pemerah pipi, cuba aplikasikan dengan mempunyai kesan-kesan menarik. Hanya aplikasikan dan sapu sekitar tulang pipi. Pasti memukau!
Gerakan Bibir Yang Lembut!
Membariskan garis-garis mempersona dengan Estée Lauder’s Double Wear lip liner, kemudian aplikasikan dengan gincu kegemaran anda. Bagi si cantik yang gilakan gloss, M.A.C’s Prolong range adalah yang terbaik.
Sedia Untuk Bergerak!
Akhir sekali, habiskan segala tanggungjawab anda dengan semburan spritz of Urban Decay’s All Nighter. Ianya memberikan kesegaran dan mengekalkan solekan yang diaplikasikan. Anda kini sudah tersedia tampil stailista!