berita

“Someday” Wangian Pertama Justin Bieber

July 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran haruman pertama milik Justin Bieber di perkarangan Sephora, Starhill Gallery. Menerusi pelancaran produk wangian “Someday” ini, Justin Bieber telah jadikan ia sebagai landasan untuk beliau mendekati peminat serta beramal kepada mereka yang memerlukan.

Ini kerana, wangian Someday by Justin Bieber ini merupakan hasil kolaborasi antara beliau dan Give Back Brands, iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan produk berteraskan gaya hidup serta menyumbangkan keuntungan pada badan amal.

Pada dasarnya, wangian ini bukan sekadar haruman, tetapi ia lebih menonjolkankan  sensasi dan tenaga untuk individu terus maju ke hadapan. Wangian ini sesuai dipadankan oleh remaja yang masih berjiwa muda kerana  ia mampu menyerlahkan elemen seksi dan sofistikated daripada segi konotasinya.

Selain itu, kandungan buah-buahan di dalamnya memberikan mood segar, diselang-selikan dengan bauan bunga dan diakhiri dengan kemanisan asli vanilla mampu menonjolkan keterampilan si pemakai.

Sedikit sedutan iklan wangain Someday by Justin Bieber :

 

Sumber : Murai

SKIP THIS AD ×