berita

SOP Penumpang Kenderaan Dari Rumah Yang Sama Masih Kekal Semasa PKPP

June 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Masuk hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang dikekalkan selain beberapa lagi mengalami sedikit perubahan.

SOP 4 ahli keluarga dalam kereta dikekalkan

Ditanya oleh wakil media mengenai SOP bagi kenderaan persendirian di jalan raya, beliau menjawab SOP itu masih dikekalkan seperti fasa PKP sebelum ini.

Bagi kenderaan, 4 orang atau mengikut kapasiti kenderaan untuk ahli keluarga yang sama setakat ini masih kekal. Jika ada perubahan, insya Allah kita akan umumkan kemudian.

Dalam pada itu, bagi waktu operasi penghantaran makanan, menurut beliau turut berubah mengikut kelonggaran seperti dimaklumkan sebelum ini.

Kita berubah dari PKP pukul 8 saja, PKPB sampai pukul 10. Semalam saya dah umumkan untuk yang berkaitan makanan seperti kedai runcit dan sebagainya kita tambah masa sehingga jam 12. Jadi untuk penghantaran makanan pun kita tambah sampai pukul 12 tengah malam.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×