Baru-baru ini kecoh mengenai kisah percintaan pelakon jelita, Sophia Albarakbah yang terputus di tengah jalan selepas hampir tiga tahun menjalin hubungan istimewa bersama jejaka yang dikenali sebagai ‘Mr Doktor’.
Artikel Berkaitan: Putus Cinta Dengan Mr Doktor, Berat Badan Sophia Albarakbah Susut
Masih belum sedia
Memetik laporan Berita Harian, Sophia yang juga dikenali sebagai Sophia Koshka berkata ketika ini dia tidak mahu memikirkan soal jodoh kerana masih belum bersedia untuk mencari pengganti.
Menurut pelakon filem ‘Mimaland’ itu, dia lebih memikirkan cara untuk memulihkan kembali karier dan dirinya dalam bidang seni.
Fokus saya adalah 100 peratus untuk diri sendiri dan bekerja. Soal perhubungan, saya belum sedia memulakan apa-apa, bukan dalam fasa mengenali sesiapa pun.
Bukan (patah hati), banyak perkara peribadi berlaku. Buat masa ini, saya belum sedia kembali menjalin hubungan (bercinta) dengan sesiapa. Hanya 100 peratus bekerja.
Sementara itu, pelakon berusia 30 tahun itu mengakui dirinya didekati oleh beberapa orang lelaki selepas perpisahannya bersama ‘Mr Doktor’.
Sudah tentu ramai (cuba mendekati), tapi minta maaf, saya masih belum sedia menjalin hubungan.
Patah hati bukan perkara menyeronokkan. Jadi, saya tidak mahu melaluinya lagi, ia sangat sukar.
Dalam pada itu, Sophia mendedahkan bahawa meskipun tidak mempunyai apa-apa hubunga. yang istimewa, dirinya dan bekas kekasih masih lagi berkawan tanpa sebarang persengketaan.
Kami masih berkawan seperti biasa. Kalau untuk berkongsi apa-apa, tiada masalah. Tetapi, buat masa ini, saya banyak berkongsi atau bercerita kepada adik-beradik sahaja.
Terdahulu, Sophia membuat pengakuan mengenai perpisahan ini dan mengakui dirinya mengalami penurunan berat badan ekoran perkara tersebut.
Sumber: Berita Harian