Umum mengetahui, pelakon jelita, Sophia Albarakbah bersikap terbuka dan tidak menyorok hubungannya dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr. Doktor.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sophia Albarakbah Bekerja Keras Untuk Menang ABPBH35
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Dinobat Aktres Filem Popular, Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah Tewaskan Maya Karin & Diana Danielle
Namun, baru-baru ini, timbul pula dakwaan mengatakan hubungannya dengan teman lelakinya sudah berakhir.
‘Maaf, saya tidak mahu komen’
Bagaimanapun, Sophia Albarakbah enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dakwaan tersebut sebaliknya dia memberitahu mahu fokus terhadap kariernya sebagai pelakon. Tambah pelakon berusia 30 tahun ini lagi, dia kini sibuk membuat persiapan untuk projek terbaharunya.
Maaf, saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Saya sibuk membuat persiapan untuk ke lokasi penggambaran termasuk projek filem baru tidak lama lagi.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, di Instagram Mr. Doktor masih terdapat gambar mereka bersama dan gambar terakhir yang dimuat naik adalah pada 4 Mac lalu.
Terdahulu, Sophia berkata dia terbuka jika teman lelakinya itu mahu menemani dirinya menghadiri ke mana-mana acara hiburan.
Sumber: Harian Metro