berita

‘Sorry, Kita Tak Boleh Nilai..’ – Peserta Sampai Takut Nak ‘Serve’ Makanan Buat Juri Masterchef Indonesia

June 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral beberapa klip video dari rancangan masakan terkenal iaitu Masterchef Indonesia musin ke-8 yang menjadi trending setiap kali tayangan. Mana tidaknya, rancangan tersebut menampilkan juri yang sangat tegas seperti Chef Arnold dan Chef Juna dimana setiap episod ada saja drama.

Artikel berkaitan: Ada Kesan Cap Jari, Chef Bengang Lempar Pinggan Peserta Masterchef Indonesia Buat Ramai Tergamam

Kali ini, peserta berusia 18 tahun iaitu Putri pula menjadi ‘mangsa’ apabila menghidangkan menu Pie Short Ribs With Sauteed Onion.

Hidangan tak masak sempurna

Dalam rancangan masakan itu menyaksikan Putri menghidangkan hanya dua biji pie sahaja untuk tiga orang chef yang menilainya. Dia juga kelihatan dalam reaksi wajah yang ketakutan kerana menyedari kekurangan pada hidangannya kali ini.

Juri-juri tersebut juga meminta maaf kepadanya kerana tidak boleh merasai dan menilai hidangan Pie Short Ribs With Sauteed Onion itu. Hal ini kerana mereka melihat hidangan tersebut kelihatan seperti belum dimasak dengan secukupnya. Oleh itu,  Chef Juna menjelaskan kebarangkalian terdapat kuman jenis Salmonela di dalam hidangan tersebut.

Trauma akibat pernah dibuli

Bagaimanapun, ketiga-tiga chef tersebut memberikan kata-kata semangat buat Putri dengan menegur cara memasak bahan dengan betul, kuantiti hidangan tidak mencukupi serta bekas acuan yang tidak sepatutnya dihidangkan.

Kali ini, para juri lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kritikan kepada Putri kerana ingin menjaga tahap emosi peserta itu. Difahamkan Putri pernah menghadapi trauma yang teruk akibat menjadi sasaran kes buli di sekolahnya. Akibat daripada itu, Putri terus membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan tidak mahu bersosial dengan rakan-rakan.

Video rancangan

Sumber: Masterchef Indonesia

SKIP THIS AD ×