berita

Spa Jentayu Inspirasi Datuk Sheila Majid

July 19th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Spa Jentayu merupakan sebuah pusat rawatan kecantikan yang dimiliki oleh ratu jazz negara iaitu Datuk Shila Majid. Terdapat pelbagai rawatan yang ditawarkan di spa ini, antaranya adalah scrub badan, urutan badan menggunakan minyak khusus Jentayu, mandi herba dan juga mandi bunga.

Secara umumnya, rawatan yang ditawarkan di spa ini berupa rawatan eksotik, di mana ia menggabungkan elemen kebijaksanaan dan daya tarikan tradisional kecantikan. Elemen ini dipilih kerana ia mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda setiap individu.

Salah satu daya tarikan yang dipaparkan di Spa Jentayu adalah, persekitarannya diselaputi aroma eksotik rempah dan wangian bunga-bungaan yang dikatakan mampu memikat hati setiap pelanggan yang bertandang di spa ini. Selain itu, alunan muzik yang lembut dan mendamaikan, mampu menenangkan fikiran dan memberikan mood santai dalam diri setiap pelanggan.

Untuk bulan Julai kali ini, Spa Jentayu telah menawarkan pakej promosi yang menarik buat pelanggannya, di mana ia telah menawarkan potongan harga yang menarik untuk rawatan “Just Relax”. Rawatan ini merangkumi pakej-pakej eksklusif seperti scrub badan, urutan serta mandian lavender.

Bagi individu yang ingin dapatkan rawatan-rawatan yang menarik dari Spa Jentayu, anda boleh kunjungi spa kecantikan ini di Solaris Dutamas (Publika).

Sumber : Jentayu Spa

SKIP THIS AD ×