berita

‘Spekulasi Jejas Emosi Keluarga’- Umum Kisah Penceraian, Mimi Fly Minta Netizen Jangan Keruhkan Keadaan

December 27th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dapat merasainya apabila ada juga pasangan yang terpaksa berpisah dipertengahan jalan.

Itulah yang berlaku kepada penyanyi One Nation Emcees, Mimi Fly apabila dia disahkan bercerai bersama suaminya, Firdaus Hajar baru-baru ini. Lantaran itu, Mimi meminta supaya tiada pihak cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga kedua belah pihak.

Melukakan hati keluarga

Mimi menerusi Instagram miliknya memberi tahu, walaupun dia dan bekas suami tidak terkesan dengan segala tuduhan dilemparkan terhadap mereka namun ia telah melukakan hati keluarga kedua-dua belah pihak.

Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat.

Tuhan sahaja yang maha mengetahui apa sebenarnya tertulis buat kami jadi Mimi harap tiada yang cuba untuk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar.

Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami.

Hubungan baik bersama bekas suami

Mimi turut memberitahu bahawa hubungannya kini dengan Firdaus kekal baik walaupun sudah bercerai. Dia juga menyifatkan lelaki itu teman sejatinya.

Kami masih berkawan baik seperti dulu. Firdaus adalah kawan sejati Mimi semenjak umur Mimi 13 tahun.

Jangan sesekali berfikiran anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang sudah kami jernihkan bersama,” katanya.

Buat Fidi, saya doakan yang terbaik buat anda kerana sejujurnya anda berhak mendapatkannya.

Saya sayangkan anda dan saya berharap anda akan menjadi lelaki yang anda janji kepada saya. Salam sayang

https://www.instagram.com/p/BdC-IOAhRvl/?hl=en&taken-by=mimiflyyy

Sesungguhnya jodoh pertemuan sudah tertulis dan apalah daya kita untuk menolak sesuatu takdir itu. Semoga Mimi kuat dan tabah mengahadapi dugaan rumah tangga. Di harap netizen tidak sesuka hati membuat spekulasi mengenai hubungan Mimi ini kerana takut akan menyakiti mana-mana pihak dikemudian hari.

Sumber: Mimi Fly

SKIP THIS AD ×