berita

Spekulasi Putus Hanya Propa, Pekin & Uqasha Masih Bercinta?

April 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

pekinqasha

Kalau dah nama pun bercinta, pasti ada pahit dan manis. Betul tak? Nampaknya, spekulasi percintaan antara pelakon jelita, Uqasha Senrose dan kekasihnya Pekin seperti sudah terjawab.

Sebelum ini, timbul desas-desus hubungan mereka sudah putus ekoran tindakan Uqasha memadam foto Pekin dari Instagram.

Malah, kenyataan Uqasha yang pernah dibuat sebelum ini  juga seolah-olah mengiyakan spekulasi bahawa dirinya kini sudah tidak terikat dengan sesiapa pun.

Artikel Berkaitan: Kalau Ikutkan Saya Memang Single – Uqasha Senrose Jawab Spekulasi Cinta Dengan Pekin

event-M-STAR-169-630x420

Uqasha sebelum ini pernah memadam foto-foto Pekin dari laman Instagramnya

Bagaimanapun, khabarnya, kedua-dua pelakon ini sudah berbaik semula, betul ke? Malah, kami turut ternampak Pekin menulis kata-kata manis buat Uqasha di laman Instagram milik jejaka ini.

Pekin

Pasti ramai yang nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku hingga Uqasha bertindak untuk memadam kesemua gambar Pekin dari laman Instagramnya sebelum ini bukan?

Bagaimanapun, berbaik sebagai kawan ataupun kembali semula bercinta, kami sendiri tak dapat nak pastikan. Kenalah tanya pada tuan badan sendiri.

Apapun, baguslah jika mereka sudah berbaik semula. Maklum sajalah, Pekin dan Uqasha pun sudah bertunang, jika hati sama-sama masih cinta, apa salahnya bersama semula. Buang yang keruh ambil yang jernih. Wah macam penasihat cinta pula!

 

SKIP THIS AD ×