berita

Sri Pentas Terima Ancaman Bom ‘Imam Mahadi’

August 29th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Suasana di Sri Pentas tiba-tiba bertukar kecoh apabila malam semalam syarikat penyiaran itu digemparkan dengan berita ancaman bom yang terdapat di dalam bangunan itu. Program dan siaran secara langsung terpaksa dihentikan serta-merta bagi mengarahkan semua staf yang masih bertugas ketika itu untuk keluar.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihak polis menerima panggilan dari seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom dalam bangunan itu. Ini adalah laporan pihak polis dan cerita dari saksi ditempat kejadian.

Imam Mahadi?

Ancaman bom

Program terpaksa dibatalkan

Terima panggilan palsu

Pihak polis menerima panggilan ancaman bom yang terdapat dalam bangunan Media Prima kira-kira jam 10.12 malam. Lantas, bergegas ke lokasi itu dan mengarahkan semua kakitangan Media Prima untuk mengosongkan premis berkenaan.

Selepas kakitangan dipindahkan ke tempat selamat, pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di keseluruhan kawasan bangunan.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan selepas keadaan disahkan selamat, semua kakitangan dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan kira-kira jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, pihak polis masih meneruskan siasatan terhadap kes ini dan mengesan individu yang mengakui dirinya Imam Mahadi membuat panggilan palsu. Manakala, kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Sumber: Berita Harian, Faizal Murad, Hafizi Rosli

SKIP THIS AD ×