berita

Stacy Hiasi Muka Depan Majalah Remaja, Funky!

December 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-12-16 at 9.56.06 PM

Sekali pandang, anda pasti terbayangkan Miley Cyrus, kan? Dengan gaya rambut menarik dan penampilan yang funky, jelas memaparkan kelincahan penyanyi ini apabila beraksi di hadapan kamera.

Stracie Angie Anam atau lebih mesra disapa Stacy bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian bahkan dia juga terkenal dengan tarian yang memukau.

Meskipun sibuk dengan aktiviti-aktiviti tersebut, namun Stacy sempat lagi menghiasi muka depan majalah Remaja edisi Disember 2013 ini dengan jayanya.

Screen Shot 2013-12-16 at 5.07.17 PM

Muka depan Remaja edisi Disember

Untuk edisi kali ini, majalah Remaja tampil membincangkan lebih meluas tentang skop percintaan, dimana bagi anda yang ingin mengetahui tentang cinta dengan lebih dalam, kami rasa inilah majalahnya.

Apa yang menarik, menerusi majalah ini, Stacy turut membicarakan tentang info-info percintaannya. Ingin tahu apa yang dibualkan oleh Stacy dengan pihak Remaja? Jangan lupa dapatkan majalah ini dipasaran ya.

Sebelum itu, apa kata anda saksikan sendiri video di sebalik tadbir pembikinan muka depan majalah Remaja itu selepas ini. Enjoy!

SKIP THIS AD ×