berita

Stadium Hungary Penuh Lebih 60k Penonton Tanpa Pelitup Muka & Penjarakan Fizikal, Malaysia Bila Lagi?

June 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Bleacher Report Football 

Tidak dinafikan kita semua pastinya merindui akan kehidupan yang ‘dahulu’ tanpa perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Namun, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia semua aktiviti yang pernah dilakukan selama ini menjadi terbatas.

Bahkan, langkah penjagaan yang rapi perlu dipraktikkan bagi mengelakkan seseorang itu daripada mendapat jangkitan Covid-19 yang boleh mengancam nyawa. Lebih merisaukan apabila, kes Covid-19 di negara kita telah mencapai hampir 700 ribu kes dan 4069 kematian.

Stadium penuh dengan penonton

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah negara Hungary yang membenarkan lebih 60,000 penyokong datang ke stadium bagi memberi sokongan terhadap perlawanan antara Hungary dan Portugal menerusi kejohanan bola sepak EURO 2020.

Suasana di sana jauh berbeza dengan negara Malaysia, bahkan jika dilihat penyokong yang hadir sama sekali tidak memakai pelitup muka mahupun mengamalkan penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain. Jika dilihat kes harian terkini di sana adalah kurang daripada 300 kes. Menurut semakan statistik, penduduk Hungary adalah sebanyak 9,634,164 dan negara tersebut telah mengagihkan sebanyak 9.42 juta dos vaksin dalam kalangan penduduk di sana.

Perlu ikut syarat

Bagaimanapun, menerusi laporan ISPO seseorang penonton itu perlu patuh akan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak stadium sebelum dibenarkan masuk bagi menonton perlawanan bola sepak. Penonton perlu menunjukkan bukti yang mereka sudah menerima vasksin dan jika seseorang itu datang dari luar negara, dia perlu menunjukkan keputusan ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) tidak melebihi 72 jam daripada perlawanan itu bermula.

Pada masa yang sama, seseorang itu perlu mematuhi beberapa SOP yang telah ditetapkan antaranya memakai pelitup muka semasa berada di dalam stadium, mengamalkan jarak fizikal 1.5 meter antara satu sama lain (tidak salam, peluk), kerap mencuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Tidak berakhir di situ, pihak ISPO turut memberikan peringatan kepada para penyokong yang mempunyai sebarang simptom Covid-19 untuk tidak datang ke stadium bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Difahamkan, stadium berkenaan merupakan stadium pertama yang memberikan kapasiti penuh kepada penyokongnya semenjak pandemik Covid-19.

Malaysia bila lagi?

Sumber: ISPO  & Daily Mail

SKIP THIS AD ×