berita

Staff Pulang Dari Sabah Positif Covid-19, UOB Cawangan Kepong Ditutup

September 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Bank United Overseas (UOB) cawangan Kepong ditutup sehingga 5 Oktober 2020 susulan kerja pembasmian setelah seorang kakitangan diuji positif Covid-19 berikutan lawatan ke Sabah baru-baru ini. Kakitangan itu telah ke Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 10 hingga 13 September 2020.

Staf disyaki positif Covid-19

Cawangan UOB Kepong itu ditutup bagi kerja-kerja pembersihan premis dan akan dibuka semula selepas menerima kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan. Tambahan, pihak berkuasa kesihatan telah menjalankan pengesanan kontak dan semua rakan sekerja termasuk pelanggan yang bersentuhan rapat dengan kakitangan berkenaan. Mereka semua bagaimanapun sedang dihubungi pihak berkuasa.

Notis ditutup sementara

Sementara itu, pelanggan yang disyaki mempunyai kontak rapat dengan staf berkenaan diminta untuk menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Sumber: NST

SKIP THIS AD ×