Salam 1 GST! Mungkin masih ramai yang berharap kerajaan cuma bergurau tentang perlaksanaan GST sempena April Fool hari ini, tapi apakan daya. Kasar sungguh gurauan ini.
Mana tak kasarnya, bangun pagi je dah ada orang yang membandingkan harga sarapan dan barangan wajib beli sebelum dan selepas GST. Rasa macam nak tidur balik dan bangun bila zaman GST berakhir. Boleh?
Apapun buat yang sedang berduka lara tu, marilah kita sama-sama menghiburkan sedikit hati dengan lawak jenaka sempena kelahiran dan kedatangan GST yang mulia. Dengan harapan, dalam masa 3 bulan akan datang kita boleh terima semua ni dengan hati yang terbuka.
Pasang Niat Redhakan Hati
Kan Best Kalau Sambut GST Macam Sambut Raya
Ganti Tajuk Lagu Dengan GST
Mampukah Wak Doyok Menentang GST?
Cari Jodoh, Jumpa GST Dulu. Hahahaha!
Yang Mak Ayah Tanggung Tu, Tak Payah Sembang GST
Eh tapi yang masih ditanggung mak ayah tu pun terkesan juga. Mungkin duit belanja dan elaun mereka berkurang atau dicatu.
Nasihat kami, sebaiknya korang dapatkan senarai barangan yang dikenakan dan tak dikenakan GST. Dari situ, bolehlah mula hadkan perbelanjaan korang dengan membeli apa yang patut sahaja. Semoga kita sama-sama tabah menghadapi fenomena ini.