berita

‘Stop Judge My Family’ – Fara Hezel Mohon Netizen Henti Kecam Keluarga

February 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Aiman Tino dipercayai sudah pulang ke pangkuan keluarganya di Kuala Kubu Baru, Selangor bagi menyelasaikan kontroversi yang telah berlaku semalam.

Artikel berkaitan: ‘Man, Awat Mak Hang Call Hang Tak Angkat?’ – Netizen

Artikel berkaitan: ‘Tak Perlu Babitkan Dia Atau Orang Luar’ – Didakwa ‘Dikongkong’ GF, Aiman Tino Jelas Perkara Sebenar

Artikel berkaitan: ‘Macam Tu Lah Kalau Dah Dikongkong Betina’ – Rindu Anak, Ibu Dakwa Aiman Tino ‘Dikawal’ Kekasih?

Terbaru, kakak kepada pelantun suara ‘Ku Rela Dibenci’ ini iaitu, Fara Hezel memohon netizen supaya berhenti memberi kecaman terhadap keluarganya.

Netizen relax eh

Menerusi Instagram Story, Fara Hezel berharap netizen berada dalam keadaan yang tenang dan menghentikan segala kecaman terhadap Aiman dan seluruh ahli keluarganya. Tambah Fara, setiap individu mempunyai keluarga di dalam dunia ini. Oleh itu, dia berharap netizen tidak terlalu menilai mengenai keluarganya lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku. Lebih baik, masing-masing menjaga hal sendiri ujarnya lagi.

Dah tak kuat?

Sementara itu, Aiman turut memuat naik satu posting beserta kapsyen ‘ Gang, aku tak dah tak kuat’. Posting tersebut ternyata mencuri perhatian ramai dan mereka mendakwa penyanyi tersebut tidak kuat untuk menghadapi situasi yang sedang berlaku.

Terdahulu, Aiman memaklumkan bahawa salah faham yang berlaku itu berpunca daripada dirinya sendiri. Dia turut mengakui sikap sambil lewanya itu telah memberi kesan terhadap diri, keluarga dan kerjayanya sebagai anak seni. Malah, dia turut mengeaskan bahawa perkara yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa ibunya sebelum ini.

Sumber: Fara Hezel & Aiman Tino

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×