berita

‘Stop La Acting’ – Anak Lelaki Suruh Fasha Sandha Berhenti Berlakon

July 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Umum sedia maklum pelakon jelita tanah air, Fasha Sandha sedang sarat mengandung anak hasil perkahwinannya bersama Aidil Aziz. Walau bagaimanapun, dia tetap melayan karenah peminatnya yang ingin bergambar dengannya sewktu dia berada di luar rumah.

Menerusi Instagram miliknya, dia memuat naik satu video rakaman yang memaparkan anaknya Rayfal, tidak membenarkannya berlakon lagi. Hal ini kerana dia bimbang akan kesihatan diri ibunya yang sentiasa sibuk. Tambah lagi dengan keadaan sekarang yang sarat mengandung.

Ibu berhenti berlakon

https://www.instagram.com/p/CDNb9pzlY2g/?igshid=1ga4rrl2uvs5x

Menurutnya, kejadian berlaku beberapa hari lalu apabila beberapa orang peminatnya datang ke meja tempat mereka menjamu selera bagi menangkap gambar. Selepas selesai menangkap gambar, anak lelakinya itu meluahkan perasaan kepadanya. Dia menyuruh ibunya berhenti berlakon kerana sentiasa kena berdiri dan melayan karenah peminat. Namun begitu dia menjelaskan bahawa berlakon merupakan kerjayanya yang perlu diteruskan.

Pandainya Rayfal

Rata-rata netizen memuji sikap anaknya itu yang sentiasa memikirkan keadaan ibunya. Netizen turut berdoa agar Rayfal menjadi anak yang baik dan soleh serta berguna di dunia mahupun akhirat.

Sumber: Fasha Sandha

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×