Sejurus dinobat Pelakon Baru Wanita Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru baru ini, Haneesya Hanee berterusan menerima kecaman daripada pengguna media sosial. Ada yang mempertikaikan kemenangan Haneesya sambil menyifatkan pelakon baru itu tiada bakat.
Tak cukup dengan itu, terdapat sesetengah netizen kurang ajar yang mempersendakan kulit wajahnya sehingga ibu Haneesya terpaksa membuat laporan polis. Menerusi Twitter, Haneesya Hanee memuat naik video ibunya menuntut beberapa individu membuat permohonan maaf secara terbuka atau tindakan mahkamah akan diambil terhadap mereka.
Kutukan netizen terhadap warna kulit
Selain dikecam, nama Haneesya turut menjadi bahan ejekan netizen yang menggantikan namanya dengan sesuatu yang berwarna gelap. Antaranya ‘black hole’ yang ditukar kepada Haneesya Hani hole dan banyak lagi. Tindakan kurang ajar segelintir netizen ini nyata mencabar kesabaran keluarga Haneesya apabila ibunya terpaksa membuat laporan polis bagi mempertahankan anaknya.
Mohon maaf terbuka atau ke mahkamah
Part 2. Sekian. pic.twitter.com/BeDY5nVXVg
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 29, 2019
Video tersebut memaparkan ibunya yang juga pengurus peribadinya menggesa beberapa individu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Tempoh yang diberikan ialah selama dua minggu. Jika individu tersebut tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh yang diberikan, kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Maaf kerana kebiadaban saya
Salah seorang individu yang diminta untuk meminta maaf secara terbuka dalam tempoh yang ditetapkan telah membuat permohonan maaf melalui akaun Twitter Amy Rafael. Dia yang mengakui kesilapan dirinya yang melampaui batas sehingga menyinggung perasaan Haneesya dan keluarga.
Saya mohon maaf atas keterlanjuran kata
Seorang lagi individu juga telah membuat permohonan maaf melalui Twitter Jefri mengakui keterlajuran kata sehingga menyakitkan hati Haneesya. Kedua-dua individu yang membuat permohonan maaf ini selepas nama mereka telah disebut dalam video ibu Haneesya yang menggesa dua individu tersebut membuat permohonan maaf.