berita

Cuaca Panas & Kering Hingga Hujung Mac, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Elak Strok Haba

February 26th, 2019 | by Ai
Kini Trending

cuaca panas

Menurut laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kita kini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang merupakan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Cuaca kembali reda hujung April 2019

cuaca panas

Keadaan ini akan berterusan sehingga penghujung bulan Mac 2019 nanti. Kurangnya taburan hujan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan cuaca panas dan kering. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk melakukan beberapa langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan tidak terjejas.

Apa yang perlu anda lakukan

cuaca panas

1. Minum air secukupnya

Pastikan anda minum air secukupnya setiap tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda berasa dahaga. Ini bagi memastikan badan anda badan kekal terhidrasi.

2. Minum minuman isotonik

Selain minum air putih, anda juga boleh minum minuman isotonik. Minuman ini dapat menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

3. Sentiasa berada dalam kawasan terlindung

Anda juga dinasihatkan supaya sentiasa berada di dalam rumah ataupun bangunan bagi mengelakkan pancaran matahari yang terik. Elakkan juga daripada melakukan aktiviti luar dan banyakkan berehat.

4. Pakai pakaian yang ringan

Elakkan memakai pakaian yang terlalu tebal. Pakailah pakaian ringan, berwarna terang dan longgar bagi keselesaan anda melakukan aktiviti seharian.

5. Pakai topi dan payung

Untuk mengelakkan pancaran matahari terus ke anggota badan, pastikan anda memakai topi atau payung setiap kali berada di luar.

Elakkan daripada..

cuaca panas

Anda juga dinasihatkan untuk tidak melakukan perkara seperti:

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia , Prolintas Group Of Companies

SKIP THIS AD ×