berita

‘Struggle Belajar & Shooting’ – Suami Dedah Perjuangan 7 Tahun Nadiyah Shahab Tamatkan Ijazah Perundangan

January 11th, 2020 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon kelahiran Singapura iaitu Nadiyah Shahab pernah mencuri perhatian kita dengan penampilan wajahnya persis Barbie Doll. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, tetapi pelakon Asalkan Dia Bahagia ini juga bijak dan baru sahaja menamatkan pelajaran jurusan Ijazah Perundangan di University of London.

Menerusi laman Instagram suaminya, Ali Nadzwan sempat berkongsi perjuangan Nadiyah Shahab dalam menamatkan pelajaran selama 7 tahun. Tidak dinafikan, belajar sambil bekerja memang agak sukar. Tahniah Nadiyah Shahab!

7 tahun habiskan ijazah

Congratulations to my dearest wife @nadiyah.shahab for the 2nd Class Honours in Law Degree University of London! I’m a proud Husband. Lepas ini lagi susah la nak bertekak sebab dah memang certified lawyer! Tapi selalunya fight sebab I pon ada law. I’m a Son in Law!

To my wife Nad, walaupun ambil masa 7 tahun untuk habiskan Law Degree. Penantian ini sangat-sangatlah berharga dan berbaloi. Ini semua untuk family dia kata. Bukan untuk dia. Seluruh kaum keluarga meletakkan harapan yang tinggi untuk nak tengok dia berjaya dalam pelajaran. Tapi bukan senang nak capai. Disebalik gambar berjayanya dia ambil ijazah ni, ada cerita.

Bahagikan masa belajar dan shooting


Di Singapura, it’s all about how far you can go in Education. Kejayaan dalam pelajaran itu penting. But belajar sambil bekerja untuk cari pendapatan sendiri pun bukanlah 1 benda yang mudah. Mula-mula kenal Nadiyah dulu masa baru datang KL, dia cuba untuk cari peluang di KL.

Alhamdulillah peluang di KL lebih luas dan cerah. Struggle sebenarnya nak bahagikan masa untuk belajar dan shooting. 1 tahun cuma boleh ambik 2/3 paper sahaja. Paper subjek Undang-undang ini bukanlah mudah. Nak kena bagi fokus dan tumpuan yang tinggi.

Banyak kali juga la tengok dia menangis sebab stress, nak give up pun ada. Sampaikan kita yang tengok ini pun kesian. Siap cakap, tak apalah if tak nak habiskan pun tak apa. Mungkin rezeki kat tempat lain.

I kena habiskan untuk family


Tapi dia cakap “You tak faham, ini bukan sebab I nak ke tak nak. I kena habiskan untuk family I, dia orang dah habis berpuluh-puluh ribu untuk bagi I sambung belajar, buat macam-macam benda semata-mata untuk pendidikan I. Mama, atok, nenek dan semua bertungkus-lumus sediakan juga apa yang I perlukan untuk I habiskan pelajaran I. So, I mesti kena habiskan untuk family I. I nak dia orang semua happy!”

Bila tengok dia ambil ijazah atas pentas semalam. Sebak rasanya. Berjaya juga dia habiskan pelajaran. Dengan business lagi nak kena uruskan. Sambil belajar sambil uruskan perniagaan, sambil shooting. Sambil jadi isteri.

Sebagai seorang suami, siapa tak nak tengok isteri berjaya kan. Alhamdulillah, dengan berkat doa semua orang dan kerja keras Nadiyah. Genggam juga ijazah! Biar lambat tak apa, asalkan habis juga. Akhir kata, tahniah sekali lagi to my lovely wife! InshaAllah, kita akan sama-sama mengejar cita-cita baik di dunia dan di akhirat. Amin…

Sweetnya!

Tahniah Nadiyah!

Sumber: Ali Nadzwan

SKIP THIS AD ×