Seorang isteri berkongsi kesilapan terbesar suami apabila menceritakan jumlah gajinya kepada ahli keluarga sehingga tersinggung hati dengan sikap ibu kandung sendiri.
Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Penat Kena Tanggung Ibu Bapa, Adik-Beradik Cepat Sentap Bila Ajak Berbincang – ‘Mereka Dah Ada Keluarga Masing-Masing’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Siapa Yang Nak Ajar Ibu Bapa Jangan Derhaka Pada Anak-Anak?’ – Hazeman Huzir
Lambat ‘transfer’ punca dimaki
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, isteri memaklumkan bahawa ahli keluarga mula mengambil kesempatan sehingga bercakap di belakang mengenai suaminya yang tidak menghulurkan wang bulanan.
Suami saya pernah cerita, masa dia mula kerja dia pernah buat satu kesilapan besar dalam hidup.
Dia bagitahu keluarga, berapa gaji dia dapat setiap bulan.
Bila keluarga dia tahu, semuanya menempel duit suami dan bila dia tak bagi masing-masing cakap dia lupa daratan.
Apa yang lebih menyinggung perasaan si suami apabila ibu kandung sendiri mengadu pada abang sulung kerana lambat menerima duit darinya.
Pernah sekali suami terlambat bagi mak dia duit bulanan, mak dia terus bagitahu abang sulung.
Abang dia terus maki suami cakap dia sombong dan lupa daratan.
Dia cakap suami saya anak derhaka abaikan mak di kampung.
Ibu bagi hadis tentang anak derhaka
Bukan itu sahaja, si ibu difahamkan menghantar sebuah hadis mengenai anak derhaka kerana tiada sebarang khabar selama dua bulan akibat terasa hati.
Suami saya tak balas apa-apa, dia diam saja.
Dia tak contact keluarga termasuk mak dia sekali.
Masuk bulan ketiga, mak dia hantar hadis tentang anak derhaka, tanggungjawab anak dan segala yang berkaitan.
Suami saya dah tawar hati.
Walau bagaimanapun, ibu kepada si suami akhirnya memohon maaf atas sikapnya yang tuduh melulu.
Si isteri memaklumkan, suami meneruskan memberi duit bulanan selepas menerima permohonan maaf itu namun masih tidak mampu untuk pulang ke kampung kerana hati yang masih kecewa.
Sumber: TikTok mentari_555