Di Instagram, pelakon Amyza Aznan memberitahu suaminya iaitu Khairil Idzhar sedang kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, selepas mengalami sesak nafas, semalam.
Artikel Berkaitan: Dikecam Netizen Sebab Pakai Kain Belah Tinggi Sampai Nampak Paha, Ini Respon Padu Amyza Aznan
Telah ditidurkan
Menerusi laporan Harian Metro, Amyza berkata, dia turut menandatangani surat kebenaran untuk suaminya menjalani dialisis selepas doktor mengesahkan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi.
Semalam suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.
Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi, namun mula turun hingga ke paras normal. Tapi kira-kira jam 7 pagi tadi, hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan.
Malah suami saya juga terpaksa menjalani dialisis selepas buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan saya baru saja menandatangani surat kebenaran itu hari ini kerana ada kemungkinan menyebabkan jantungnya terhenti. Jika saya tidak bersetuju untuk pilihan itu, kemungkinan akan mengakibatkan organ lain turut gagal berfungsi.
Tambah Amyza, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya dan pulih seperti sediakala.
Dalam keadaan sekarang ini saya hanya mohon orang ramai untuk mendoakan suami saya cepat sembuh. Mungkin doa anda Allah makbulkan dan beri kesembuhan kepada suami saya yang sedang bertarung nyawa sekarang ini.
Sebelum ini, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan kerana serangan jantung.
Sumber: Harian Metro