Seorang suami sanggup menawarkan isterinya yang sedang hamil sebagai pemuas nafsu lelaki lain dengan mengiklankan perkhidmatan seks di media sosial.
Artikel Berkaitan: Lacur Isteri Lakukan Khidmat Seks, Pelakon Filem ‘Laskar Pelangi’ Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: Orang Utan Jadi Hamba Seks, Dirantai Untuk Puaskan Nafsu Seksual Lelaki Selama Bertahun-Tahun
Jual isteri
Gambar sekadar hiasan
Menerusi ciapan di laman X, individu tersebut mendedahkan bahawa isterinya berusia 27 tahun, mempunyai ketinggian 158cm dan berat 58 kg selain menyatakan beberapa syarat-syarat perkhidmatan tersebut.
Lelaki berkenaan juga menyenaraikan harga bagi servis yang diiklankan itu.
Haa nak ma*n dengan bini aku, tengah mengandung dua bulan, ‘body petite’. RM350 dengan kondom, RM550 tanpa kondom, deposit wajib RM50.
Wajib bagi aku tengok. Tak dibenarkan seks ganas atau luar tabii. Untuk kaum Melayu sahaja.
Tak perlu mesej aku kalau tak dapat ikut apa yang aku cakap.
Lebih mengejutkan apabila terdapat seorang individu yang berminat dengan tawaran tersebut dan memberi respon terhadap ciapan itu.
Kawasan mana tu bro? Agak-agak mengandung dalam 5/6 bulan nanti buat lagi ke? Tunggu perut besar sikit lagu baru best.
Respon netizen
Gambar sekadar hiasan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang dengan kegiatan seksual bertukar-tukar pasangan itu dan menggesa pihak bertanggungjawab untuk melakukan siastan segera serta mengambil tindakan lanjut.
Mohon PDRM tangkap dan bagi penampar dekat lelaki macam ini. Kalau bini pun syok mohon terajang bini tu sekali.
Rasanya banyak lagu akaun ‘swiger’ macam ini dalam X..pernah nampak. Kerajaan kena buat sesuatau untuk bendung budaya tak bermoral ini termasuk akaun ‘dark side’ yang tawarakan perkhidmatan seks.
Kena sekat kandungan ini di Malaysia. Harap Kementerian Wanita, pejuang hak asasi, pejuang wanita..bangun melawan kejijikan ini semua.
Sementara itu, warganet juga menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang sudah hilang pedoman kerana sanggup menjual maruah isteri sendiri.
Hidup macam ini tak ada pegangan agama. Cepat-cepatlah bertaubat sebelum terlambat.
Jijiknya Ya Allah, semoga aku dan bakal suami aku dijauhkan dari benda jijik dan buruk macam ini.
Ini suami dari neraka. Selamatkan isteri dengan anak dari suami begini. Ya Allah serius nak marah.
Tinjauan OhBulan! mendapati akaun tersebut memiliki sebanyak 10,000 pengikut namun difahamkan nama akaun terbabit telah pun ubah dan ditukar ke mode privasi.
Sumber: Platform X