berita

Suami Eina Azman Dibenar Pulang Ke Rumah – ‘Syukur Alhamdullilah Selepas 12 Hari Yang Cukup Mendebarkan…’

September 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Eina Azman

Sebelum ini, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman berkongsi keadaan suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, yang memerlukan bantuan pernafasan berikutan kadar oksigen yang semakin menurun.

Artikel Berkaitan: Tahap Oxigen Suami Semakin Menurun, Eina Azman Pohon Doa Orang Ramai

Artikel Berkaitan: Eina Azman Minta Bekas Pesakit Covid-19 Tahap Empat Kongsi ‘Petua’ Tingkatkan Oksigen Dalam Badan

Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Our Anniversary, Jadi Pula Macam Ni’ – Eina Azman, Suami Positif Covid-19

Tidak berakhir di situ, Eina turut meminta ‘petua’ daripada bekas pesakit Covid-19 tahap empat bagaimana untuk meningkatkan tahap oksigen dalam badan.

‘Dengan oksigen yang turun naik’

Foto: Eina Azman

Terbaru, Eina menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan suaminya telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Assalamualaikum syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena Covid tahap 4 dan paru-paru pun dah merebak hampir 50%.

Dengan oksigen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oksigen tak ok suami kena masuk icu. Kalau boleh tak nak suami saya dimasukkan ke icu.

Ujar pelakon drama The Maid ini, sepanjang tempoh tersebut dia risau dengan apa yang telah terjadi dan pada masa yang sama turut melakukan pelbagai ikhtiar supaya suaminya sembuh seperti sedia kala.

Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya.

Terima kasih kepada semua

Foto: Eina Azman

Eina pada masa yang sama, turut berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan tidak putus-putus mengirim doa buat mereka sekeluarga.

Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik.

Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa uall yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah amin amin amin.

Terdahulu, Eina Azman memaklumkan dirinya dan suami telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan. Tidak berakhir di situ, dua pembantu rumah Eina turut disahkan positif Covid-19 manakala keputusan anaknya Aubreykarl dan kakaknya Wenny Azman negatif.

Sumber: Eina Azman

SKIP THIS AD ×