berita

Suami ‘Ghaib’, Wanita Sarat Hamil Rayu Sumbangan Baju & Kelengkapan Bayi Di Facebook

April 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Proses kehamilan adalah fasa yang dinanti-nanti oleh seorang wanita apatah lagi jika ianya untuk kali pertama. Sudah pastinya keterujaan tidak dapat dibendung. Persiapan menyambut orang baru akan dibuat sehabis baik untuk mengelakkan kekalutan di kemudian hari.

Namun, tidak bagi semua bakal ibu, ada juga yang resah memikirkan tarikh bersalin yang semakin hampir apabila mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab. Seorang wanita berkongsi kisahnya yang dirundung malang walaupun sarat mengandung.

Minta sumbangan baju bayi terpakai

Wanita itu merayu sumbangan orang ramai untuk menderma baju bayi terpakai kepadanya yang sedang sarat mengandung. Menurutnya, si suami sudah menghilangkan diri semenjak di berbadan dua.

Tambah mengharukan dia sendiri adalah anak yatim dan tiada tempat bergantung. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa risaunya memikirkan berkemungkinan bersalin dalam masa terdekat tanpa persiapan menyambut anaknya itu.

Mungkin ni takdir

Tak terima duit hanya barang bayi

Dia juga bertegas untuk hanya menerima kelengkapan bayi sahaja dan bukan wang ringgit. Pun begitu, jika tetap berkeras mahu bersedekah, dia meminta netizen menyelitkan sumbang di dalam kiriman.

Tak menipu hanya minta baju baby terpakai

Menerima tuduhan dia mungkin menipu, wanita ini mengatakan jika benar dia menipu, sudah tentu dia meminta duit dan bukan baju dan kelengkapan bayi semata. Dia juga terpaksa tidak terlalu terbuka mendedahkan alamat dan nombor telefon untuk mengelakkan perkara diingini berlaku.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×