berita

Suami Gila Seks, Suka Langgan Pelacur… Masihkan Ada Sinar Bahagia Buat Wanita Ini?

August 28th, 2016 | by Ai
Kini Trending

coverks

Kalau boleh, semua pasangan mengimpikan perkahwinan bahagia hingga dapat meniti hari tua bersama. Tapi hidup berumahtangga memang banyak cabaran, dan walaupun perlu dielakkan, kadang-kadang penceraian adalah jalan terbaik supaya tidak menyeksa diri pasangan dan anak-anak.

Ini satu lagi kisah yang dikirim oleh pembaca kami. Tujuannya bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi nasihat kepada wanita-wanita diluar sana agar jangan membiarkan diri diperlakukan sewenangnya oleh insan bernama lelaki. Moga jadi iktibar juga buat lelaki untuk lebih menghormati dan menghargai wanita!

Bekas Suami Gila Seks!

Gambar-Orang-Sedih-dan-Menangis-33

(Sekadar Gambar Hiasan)

Nasihat sayang kepada semua yang bergelar wanita. Niatku untuk membuka pekung didada, ataupun niat utk menghasut wanita utk membenci lelaki, tapi aku mengasihani para wanita-wanita yang diperlakukan seperti lampin pakai buang oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Dengarlah wanita-wanita, samada muda ataupun tua, samada masih bujang ataupun janda/balu.  Berhati-hatilah pabila memilih pasangan. Usah mudah jatuh cinta, usah menaruh harapan tinggi, usahlah kamu sia-siakan hidup mu itu.  Kerana inilah kisah ku.

Setelah bertahun menahan dan bersabar hampir 10tahun bertahan menjadi isteri dan ibu, aku mengambil keputusan nekad untuk bercerai.  Dengan bantuan ibuku dan keluarga ku, akhirnya aku bertukar status Dari sorang isteri kepada janda.  Alhamdulillah, akhirnya aku bebas dari suami yang tidak dapat membahagiakan aku, yang “gila seks”… beberapa tahun sebelum aku menceraikan dia, aku mendapat tahu dia melanggan pelacur-pelacur part time mahupun professional.  Hancur hati kamu takkan dapat bayangkan, melihat bukti2 gambar2 dan video2 dia melakukan perkara terkutuk, semua itu menghantui aku sepanjang perkahwinan kami, tapi aku teguhkan jua, bersabar dan berharap dia berubah walau aku tahu, tiada lagi cinta dihatiku.

Nasib Baik Bercerai!

Aku lega apabila dia menangis melafazkan cerai dihadapan hakim, langsung tiada air mata atau perasaan sedih.  Tetapi hanyalah lega kerana aku hampir separuh gila terus mencuba untuk kekal didalam perkahwinan yang langsung tidak bahagia, kerana anak dan pesan ibuku.  Semestinya aku tidak pernah menceritakan apa yg berlaku dlm perkahwinan kami kepada sesiapa pun… Tidak kepada ibuku dan tidak sama sekali kepada kedua ibu bapa bekas suamiku, sehingga disuatu masa, ibuku memujukku sehabis-habis meminta aku menceritakan apa yg terjadi.  Menangis ibuku mendengar cerita kisah perkahwinan aku… Mula-mula pada hari tu, ibuku nekad utk membantuku bercerai.  Walaupun dari mula lagi, bekas suamiku dan keluarganya merendah-rendahkan aku dan keluarga aku, hanyalah semata-mata dia berkelulusan luar negeri dan ibubapanya berpangkat, kalau dibandingkan dgn keluarga aku, walaupun bapaku suatu ketika dahulu merupakan orang yang berpengaruh. Ibuku dimalukan dihadapan keluarga aku dan semua sanak-saudara mereka pada masa kami baru berkahwin.

Perangai bekas suamiku yang sentiasa mengadu kepada ibu-bapanya dan ibu-bapaku kerana aku tidak memasak bila balik kerja. Masa tu aku kerja ditengah-tengah bandar KL, jarak rumah mengambil masa paling kurang 1 jam @ 2 jam sekiranya jalan jammed.  Suamiku hanya mengambil masa 10 minit ke tempat kerja.  Bila aku balik, sudah tentu paling awal di waktu maghrib, tapi aku selalu terpaksa buat OT, gaji kecik je… Nak bayar ansuran kereta, bayar segala keperluan aku sendiri tak pernah cukup.  Suami pulak cakap, dia tidak perlu bagi duit untuk aku sebab aku sudah ada gaji sendiri… Hanya duit untuk beli barang keperluan rumah yang disediakannya.  Dan kerana aku masih mentah, aku tidak berkeras untuk meminta wang nafkah yang sepatutnya dia berikan kepadaku.. Gaji aku hanyalah 1/4 dr gaji dia.. Tapi aku tak pernah merungut.. Aku cukup gembira dengan diriku walaupun bergaji kecil.

Namun, selepas aku mendapat tahu kegiatan keji dia, aku cuba bertahan bertahun-tahun, dengan harapan dia berubah dan bertanggungjawab.  Sejak hari itu, aku sudah tawar hati, aku langsung tidak mahu mengambil tahu lagi tentang kegiatan keji dia.  Namun, bukan setakat itu sahaja, dia obsessed dgn hobi-hobinya, duit habis beribu-ribu, tinggalkan aku dan anak tidur dirumah hampir setiap malam, kerja pun kekadang dia langsung tak pergi.  Kalau pergi opis pun, dah lepas lunch.. Aku terpaksa berkejar balik rumah selepas kerja untuk memasak, mengambil anak dan menguruskan rumah.  Sampai kan aku terpaksa berhenti kerja kerana prestasi kerjaku kurang memuaskan sbb selalu cuti anak yang selalu demam dan dia pernah dikejarkan ke hospital kerana allergic reaction.  Aku hampir gila tetapi tetap bertahan.

Setahun aku mengambil masa untuk bercerai dengannya, tetapi sampai sekarang, perangai dia masih tak berubah, tetap menceritakan keburukanku semasa kami berkahwin, termasuk adik dia sendiri… Orang yang tidak mengenaliku pun tahu tentang cerita dan keburukanku, terutamanya wanita-wanita yang mereka cuba mendapatkan raih simpati.. Mungkin ini adalah cabaran hidupku… Mungkin tak sepayah wanita-wanita lain yang tidak bernasib baik, namun aku tetap percaya bahawa suatu hari nanti, aku akan menemui seseorang yang akan dapat membahagiakan aku dan menjadi suami yang bertanggungjawab dan dapat membimbing aku ke jalan Allah SWT.

Tak Jumpa Lelaki Baik…

Selepas aku bercerai, aku cuba date lelaki-lelaki, namun bila aku jumpa yang single dan muda, aku kasihani mereka kerana aku adalah janda, plus ramai budak muda cuba mengambil kesempatan keatas janda.  Bila aku date suami orang, aku rasa bersalah kerana aku tahu betapa peritnya apabila suami aku berhubungan dengan wanita lain… Walaupun mereka adalah pelacur, dia jatuh cinta dengan salah seorang daripada mereka.  Tapi, bila aku rasa bersalah, aku cuba pujuk diriku bahawa Allah SWT memberi lelaki the privilege of marrying 4 women, I comforted myself thinking it is okay.  Tapi, aku langsung tidak diperlakukan dgn baik.  Hanya janji kosong utk berkahwin, aku cuba untuk tidak membuat perbuatan keji dengannya, sampai suatu ketika, aku cuba berhijab di bulan puasa, dia tetap berkeras utk melakukan perbuatan keji, biarpun dibulan Ramadhan dan biar pun aku berkeras utk tidak membuka hijabku.. Aku lemah, menurut katanya… Sedih…

Bekas suami melanggani pelacur, teman lelaki pun tidak ada bezanya… Aku sendiri tengok dia menggomoli GRO dihadapan mataku sendiri, tanpa segan-silu… Aku malu dengan GRO-GRO yang ada disitu, sudahlah kebajikan aku tidak dia ambil kisah, hanya sekadar perhiasan untuknya dan tempat melepaskan nafsu. Aku tetiba mengasihani isterinya, aku malu, aku juga bodoh seperti wanita-wanita lain yg dia ambil kesempatan dan dipergunakan seperti lampin pakai buang.

Masih ada lagikah lelaki yang bertanggungjawab, beriman, baik hati dan mampu mengembalikan kepercayaanku bahawa lelaki itu adalah layak untuk menjadi ketua keluarga dan membimbing wanita-wanita lemah seperti aku ini… Ataupun, rata-rata hanya mementingkan diri sendiri saja?

Aku akui, aku bukanlah wanita yang baik, namun aku betul-betul mahu berhijrah dan menjadi wanita dan isteri yang solehah… Walaupun aku date suami orang, aku sentiasa mengigatkan dia untuk put his family first. Aku akui, aku bukanlah meminta dia berbuat demikian kerana aku seorang yang baik, aku rasa bersalah terhadap isteri dan anak-anaknya dan aku takut suatu hari nanti, sekiranya tiba masanya aku diperlakukan sedemikian rupa, aku sendiri tau betapa hancurnya hati seorang isteri dan anak apabila suami tidak mengendahkan keluarganya sendiri… Andai aku ditakdirkan hidup seorang diri, aku lagi rela dari menjadi seorang isteri kepada lelaki2 seperti ini lagi.

Wahai wanita-wanita diluar sana, berhati-hatilah apabila memilih lelaki untuk menjadi teman hidupmu. Aku sudah lihat pelbagai jenis lelaki, biarpun nampak baik diluarannya, tapi aku dapat lihat kawan-kawan lelaki yang baik-baik menggomol pelacur & GRO tanpa segan-silu, bagaikan dia akan hidup selama-lamanya dan akan terlepas dari dosa..

SKIP THIS AD ×