Di London, sepasang suami isteri yang mempunyai latar belakang yang berbeza mendedahkan bahawa mereka menggunakan aplikasi penterjemahan, Google Translate untuk berkomunikasi.
Bertemu di Facebook
Menerusi laporan The Sun, Luke Dickinson, 28 dan pasangannya Vira Klimova, 37 berkenalan menerusi laman Facebook. Luke adalah seorang lelaki yang berasal dari Britain yang mengahwini isterinya iaitu seorang pelarian Ukraine yang tidak menggunakan bahasa Inggeris. Oleh kerana itu, mereka terpaksa menggunakan aplikasi ‘Google Translate’.
Klimova menggunakan Google Translate untuk terjemahkan mesej-mesej saya kerana isteri saya tidak mengetahui untuk berbahasa Inggeris. Saya amat menyukainya, dan bahasa tidak menjadi penghalang.
Menurut pasangan itu, mereka sering berborak dan akan menghabiskan satu jam untuk meluangkan masa bersama sementara menunggu permohonan isterinya diluluskan untuk memasuki Britain. Klimova mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 15 tahun.
Susulan itu, Luke dan Klimova berharap dapat berbulan madu di Poland setelah Luke melamar isterinya pada 23 Ogos lalu dan berkahwin di Pejabat Pendaftaran Bristol.
Sumber: The Sun