berita

Suami Isteri Penagih, Selamba Ambil Syabu Selepas Seminggu Bersalin, 5 Anak Hidup Melarat

April 30th, 2020 | by faris
Kini Trending

Penyalahgunaan dadah adalah duri dalam daging masyarakat dan menjadi musuh utama negara berdekad lamanya. Lawatan pihak berkuasa dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Dr Zaki Zamani di Kampung Padang Hang, Alor Setar, Kedah mendedahkan betapa seriusnya masalah ini.

Suami isteri terlibat dadah

Pada 29 April 2020 bersamaan 6 Ramadan 1441H, iaitu hari ke-43 PKP, dengan kebenaran pergerakan daripada pihak PDRM, satu lawatan telah diadakan ke dua buah rumah di kawasan Padang Hang. Lawatan bersepadu ini disertai oleh Pegawai-pegawai AADK Daerah Kota Setar, Ketua-ketua Balai Polis Anak Bukit dan Alor Janggus, Pelindung Kanak-kanak dan Kaunselor JKM Daerah Kota Setar dan saya sendiri mewakili Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar.

Dalam lawatan ini didapati satu pasangan suami isteri terlibat dengan dadah. Anak mereka 5 orang, dua orang tiada surat beranak, anak kedua berumur 7 tahun tidak pernah bersekolah. Anak bongsu berumur baru seminggu. Bapa mereka dan adiknya didapati positif methamphetamine dan kedua-duanya telah dibawa ke pejabat AADK.

Ambil syabu ketika pantang

Isterinya berpantang di rumah keluarganya yang berdekatan bersama 4 anak yang lain. Hanya seorang anak tinggal bersama bapanya ketika ini. Si isteri mengaku mengambil syabu kali terakhir kelmarin, tetapi disebabkan masih berpantang dan menyusu, AADK akan memantaunya sehingga habis tempoh berpantang.

Semua anak mereka diletakkan di bawah jagaan datuk mereka terlebih dahulu kerana keadaan rumah di situ lebih selamat. Pihak Pelindung kanak-kanak JKM akan terus memantau kanak-kanak ini, dan perkara-perkara berkaitan pendaftaran dan persekolahan akan diselesaikan selepas tamat tempoh PKP.

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana sebuah keluarga bersama 5 orang anak kecil boleh hidup dalam rumah sebegitu rupa. Ini bukan masalah kemiskinan semata-semata tetapi disebabkan kegagalan ibu bapa berfungsi akibat pengaruh dadah. Dadah akan melenyapkan fungsi sosial seseorang manusia yang waras.

Masyarakat perlu peka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kes sebegini demi menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian.

Sumber: Dr Zaki Zamani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×