berita

Suami Jadi PA Masa Shooting, Intan Ladyana Nafi Pergi Honeymoon Di Langkawi

April 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Difahamkan, kini pasangan selebriti iaitu Intan Ladyana dan Harris Alif sedang berada di Pulau Langkawi bagi menjalankan penggambaran drama di sana. Namun, ada pula segelintir netizen menuduh Intan sengaja membawa suaminya bersama ke set penggambaran untuk makan angin di sana.

Terbaru, menerusi laporan Gempak, Intan tampil menjelaskan salah faham netizen mengenai keberadaan mereka di Pulau Langkawi ketika ini.

‘Kenapa bawa suami jadi satu isu?’

Di Instagram, pelakon cantik ini berkongsi beberapa foto kelihatan berada di sebuah set penggambaran yang dijalankan di Pulau Langkawi. Intan turut menjelaskan tujuan utama dia membawa Harris ke sana sebagai ‘pembantu peribadi’ untuk menguruskan dirinya sepanjang penggambaran berjalan.

Apa bezanya kalau bawa PA, pengurus atau keluarga untuk menolong saya shooting kat Langkawi? Bawa orang lain boleh je. Kenapa kalau bawa suami jadi satu isu? Siapa nak drive untuk saya? Siapa nak bawa beg atau belikan makanan untuk saya? Saya tak boleh guna runner untuk tujuan peribadi.

‘Siapa yang tak cerdik ni?’

Intan sebelum ini dilihat memberi respon terhadap isu berkenaan di laman Twitter dan menjelaskan peranan Harris sepanjang mengikuti dia ke set penggambaran. Intan turut menasihati orang ramai supaya menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.

Kasihan, nak bash orang tapi tak buat research dulu. Kang kata bodoh, marah…

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×