Seorang individu berkongsi momen bahagia bersama isteri ketiga yang menerima persetujuaan daripada isteri pertama dan keduanya.
Artikel Berkaitan: ‘Poligami Bukan Untuk Semua Wanita’ – Ezlynn Reda Suami Kahwin Dengan Seorang Doktor Berusia 26 Tahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’
‘Terima kasih isteri-isteriku’
Menerusi perkongsian di Facebook, individu yang dikenali sebagai Amirul Hakimin itu berterima kasih pada isteri pertama dan kedua dalam bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahannya.
Ujarnya, perkahwinan ketiga ini mengambil masa hampir tiga tahun.
Perjalanan untuk menjayakan perkahwinan ini mengambil masa hampir tiga tahun. Ia bukanlah perjalanan yang mudah.
Terima kasih buat isteri-isteri saya, mereka banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini.
Sorang jadi wedding planner, sorang jadi goodies packer. Baju pengantin dan decoration, mereka yang uruskan.
Keluarga poligami yang harmoni
Dalam pada itu, Amirul menyatakan masyarakat kini menganggap poligami sebagai satu masalah.
Masyarakat kita memerlukan lebih banyak contoh keluarga poligami yang harmoni.
Perkahwinan poligami ini bukanlah perkara yang baru. Ia seakan menjadi masalah dalam masyrakat rakyat Malaysia apabila hendak dilaksanakan.
Berikutan itu, Amirul yakin kehidupan berumah tangga sama ada monogami mahupun poligami tidak terlepas daripada ujian.
Sumber: Facebook Amirul Hakimin ZH