Tidak dapat dibayangkan perasaan seorang wanita apabila mengetahui suami tersayang berlaku curang dan dia sendiri menjadi saksi perbuatan tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan, apabila lelaki berkenaan dikatakan sedang berdua-duan bersama seorang wanita lain di sebuah rumah sewa di daerah Jakarta Barat, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Wanita Pasrah Suami Kantoi Curang Dengan Adik Sendiri, Suami Pesan Jangan Viral Dekat FB
Artikel Berkaitan:[VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!
Suami kantoi curang?
Menerusi perkongsian video seorang wanita dikenali sebagai Dewiartika03 di laman TikTok, menceritakan nasib malang kawannya yang terpaksa ‘bermadu kasih’ dengan wanita lain.
Video pendek yang dikongsi memaparkan seorang lelaki (suami kawannya) bersama seorang wanita yang dikatakan kekasih gelapnya sedang duduk di atas tilam serta memakai baju tidur.
Demi sahabat, saya sanggup meredah hujan pada waktu malam, dari timur ke barat (Jakarta) demi mencari suaminya. Akhirnya, ini yang terjadi.
Si isteri yang cekal menjadi saksi utama insiden tersebut dilihat memarahi suaminya namun lelaki berkenaan hanya membisu tanpa memberikan sebarang respon.
Kamu masih suami saya, itu saya sudah uruskan. Namun, saya akan uruskan dia juga (kekasih gelap suami).
Video tersebut telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.
Video penuh:
@dewiartika03 @inten31 ? suara asli – ? EDI CIBINONG ?
@dewiartika03 Balas @putri1116577 ? suara asli – Dewiartika
Sumber: Viva.co.Id & dewiartika03