berita

‘Suami & Keluarga Mertua Dah Lama Kaya..’ – Elak Cukai RM10.3 Juta, Anak Najib Yakin Ada Dalang Cuba Jatuhkan

August 27th, 2019 | by faris
Kini Trending

Harian Metro petang semalam melaporkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menuntut anak perempuan bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib, membayar cukai pendapatan dari 2011 hingga 2017 yang menjangkau lebih RM10.3 juta.

Yana menerusi Instagramnya memberi respon terhadap tuntutan yang dikenakan ke atasnya setelah bapanya Datuk Seri Najib Razak turut dikehendaki membayar RM1.69 bilion sebelum ini.

Tak salahkan LHDN

Yana memuatnaik beberapa pos Instastory pada petang semalam antaranya mendakwa kerajaan ‘mencuba sedaya-upaya untuk menjatuhkan dia sekeluarga’. Bagaimanapun, Yana tidak menyalahkan pihak LHDN dalam isu berkenaan.

Saya tak salahkan mereka di LHDN kerana saya tahu tangan mereka terikat. Ada orang politik yang jadi dalang semua ini.

Hari ini (semalam), kerajaan kata saya ada berhutang RM10.3 juta dalam bentuk cukai, denda, denda atas denda dan faedah dari ‘pendapatan’ bermula 2011 hingga 2017.

Sudah hantar semua bukti

Menurut Yana lagi, sejak diaudit tahun lalu, dia telah menghantar semua bukti antaranya transaksi pemindahan wang dari luar negara daripada keluarga suaminya. Turut disediakannya adalah bukti mertuanya yang membeli rumah menggunakan dana dari luar negara.

Saya dan suaminya kemudiannya menjadi dijadikan pemilik bersama rumah terbabit. Tak semena-mena, saya jadi pemilik bersama membuatkan saya dianggap mempunyai ‘pendapatan’ oleh kerajaan.

Perkara ini menjadi ‘cukai tertunggak’ walaupun bayaran rumah itu tidak melalui saya.

Suami dan keluarga mertua sudah kaya sebelum ini

Teragak-agak membuat kenyataan yang mungkin disalaherti, Yana berkata suaminya dan keluarga mertua sudah lama mengecap hidup mewah sebelum mereka berdua bertemu untuk pertama kali.

Anak bekas PM ini juga mendakwa, jika wang diberikan suami kepada isterinya dianggap sebagai pendapatan, pemindahan wang berlaku dari luar negara tidak perlu dicukaikan.

Yana juga berkata dia tidak pernah menjalankan apa-apa jenis perniagaan di Malaysia atau membida apa-apa kontrak kerajaan sepanjang 30 tahun umurnya.

Semuanya akan dibuktikan di mahkamah

Yana juga mendakwa bapa dan adik-beradiknya telah dikenakan telah dituduh dengan tuduhan ‘mengarut’ dan mereka yang tahu cerita sebenar nyata terkejut dengan kerajaan yang menyalahgunakan undang-undang.

Sumber: Yana Najib

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×