berita

Suami Lumpuh Terlantar Atas Katil, Isteri Baru Bersalin, Keluarga Rayu Bantuan

April 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Cikgu Sham

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi sebuah keluarga yang hilang punca pendapatan berikutan keadaan fizikal si bapa yang tidak mampu bergerak seperti biasa. Kisah yang cukup meruntun hati ini, diceritakan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Cikgu Sham.

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Ujian Ramadan

Foto: Cikgu Sham

Menerusi posting tersebut, menceritakan lelaki dikenali sebagai Mohammad Iszham Bin Mohd Ismail yang menetap di Kampung Bagan Buaya, Changkat, Perak, hanya mampu terbaring di atas katil. Difahamkan, dia sebelum ini terjatuh di rumah sewanya pada Januari yang lalu, dan telah mengakibatkan dia mengalami patah saraf tunjang. Apa yang lebih meruntun hati, apabila doktor mengesahkan dia lumpuh sepenuhnya.

Iszham yang sudah berkahwin dengan Nur Izzati binti Mahamad Hassan 25 tahun mempunyai seorang bayi perempuan comel Nur Arissa Irdina (6 bulan). Ketika kejadian, isterinya masih lagi dalam tempoh berpantang. Sedihnya, anak kecil ini tidak sempat mendapat belaian kasih seorang bapa dan Arissa hanya mampu bermain di tepi katil ayahnya yang masih kaku.

Sebelum kejadian, Iszham bekerja sebagai pemandu penghantaran sebuah syarikat. Dia seorang pekerja yang cukup rajin demi perjuangan untuk keluarga tercinta. Isterinya Izzati pula suri rumah tangga sepenuh masa.

Kini, mereka sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibunya dan mengharap mata pencarian ibunya yang hanya bekerja sebagai pembantu kantin berikutan dia tidak lagi mampu bekerja seperti biasa.

Bantuan diberikan

Foto: Cikgu Sham

Susulan daripada itu, bantuan katil khas akan disumbangkan kepada keluarga berkenaan dan beberapa lagi bantuan daripada agensi yang lain.

Saya telah selaraskan katil khas ketika Iszham pulang dari Hospital Seberang Jaya. Sehingga kini, dia hanya mendapat bantuan katil khas, alat penyedut kahak dan kerusi roda dari Zakat Pulau Pinang. Insyaallah saya akan selaraskan segera bantuan bulanan dengan agensi yang berkaitan untuk keluarga Iszham bagi membantu membiayai kehidupannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya dan mendoakan supaya mereka sekeluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Sumber: Cikgu Sham

SKIP THIS AD ×