Kemelut rumahtangga Ziana Zain dan Armin Zaharin masih bergolak dan Armin didakwa atas pertuduhan mencederakan anak. Menurut Armin, tindakannya itu hanyalah bertujuan mendidik anak. Susulan itu, penyanyi Putus Terpaksa ini telah menfailkan penceraian pada 3 April lalu.
Bagaimanapun, penyanyi ini enggan buka mulut untuk berkongsi masalah rumahtangga bagi menjaga aib kedua belah keluarga. Namun, dikatakan suaminya itu tidak menghubungi ahli keluarga selepas bebas dari tahanan polis.
Sudah lama memendam
Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan alhamdulillah, saya serta anak-anak kini boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.
Menurut Sinar Online, Ziana Zain memohon agar semua pihak termasuk peminat memberi ruang kepadanya bagi menyelesaikan kemelut tersebut secara peribadi. Malah, keputusannya ini dilakukan kerana tidak mahu mengaibkan keluarga kedua belah pihak termasuk saudara mara terdekat.
Tiada orang ketiga
Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri. Firman ALLAH dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya. Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya.
Ziana juga menjelaskan tidak berlaku kewujudan orang ketiga dalam hubungan dengan suaminya dan ini adalah ketentuan Illahi.
Dia belum pulang
Penyanyi ini juga memaklumkan selepas suaminya itu dibebaskan dari tahanan polis, dia masih belum menghubunginya dan anak-anak.
Hidup mesti diteruskan. Kalau kita nak bawa rasa sedih tu, sampai bila pun takkan hilang. Belum habis itu, yang lain pula datang. Jadi lalui sahaja apa yang ada di depan kita dan hargai apa yang boleh menggembirakan kita.
Credit: Sinar Online