berita

Suami Maut Kemalangan Selepas Beli Motorsikal Baru, Isteri Throwback Kenangan Bersama

July 14th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sangatlah berat untuk menerima pemergian seseorang yang kita sayang. Pasti banyak kenangan manis dan indah yang akan sentiasa kita ingat ketika bersama. Luahan hati seorang isteri Dalila Zolkofli di laman Facebook ini undang sebak netizen.

Artikel Berkaitan: Isteri Sebak Suami Meninggal Dunia Depan Mata Semasa Pulang Beli Motosikal Idaman

Suaminya Ahmad Faizal Abd Ghani meninggal dunia disebabkan kemalangan motosikal yang mengakibatkan ‘severe brain damage‘, kesan pada bahagian kepala dan otak. 

Favourite ayat dia kalau aku mengadu

“Tak apa sayang, abang kan ada”. His favourite ayat kalau aku mengadu apa-apa.

“Berat la nak angkut ni dari klinik balik rumah..”, “Tak apa abang ada, nanti abang pergi ambil”. “Hari ini tak sempat breakfast, penat”, “Okay sat lagi abang pergi hantar makanan”.

“Kat klinik panas sangat hari ini, rasa lemau sakit kepala sangat ni”, “Tak apa sayang, sat lagi balik kerja abang pergi ambil, tunggu kat pintu depan tau”.

Pinggan penuh dalam sinki. “Sayang dah masak kira cukup baik. Lepas makan basuh tangan ja, abang kan ada, nanti abang basuh semua”. Mesin basuh bunyi. “Sayang jom lepas sembahyang sidai baju sama-sama” atau kadang-kadang dia akan cakap “meh abang sidai baju, sayang pergi mandi dulu”.

Padahal dia yang sangat baik

Bila rasa marah atau emosi tiba-tiba. “Shuu shuu sayang. Abang ada, abang ada. Abang minta maaf. Sabar sabar…” (padahal aku marah emosi sebab pms, bukan salah dia pun tapi dia yang selalu minta maaf).

“Penat la nak exercise jogging semua ni tapi nak kurus”, “Tak apa abang kan ada, kita buat sama-sama. Skipping ja sayang buat sendiri, abang tak reti hehe”.

Masa first day kerja after PKP. “Abang esok nak pakai baju apa? Nak pergi iron ni”, “Abang tak pernah iron baju sendiri. Nak try lah. Meh baju sayang abang iron sekali”. “Nak turun bawah sat, prepare barang untuk lunch box esok. Tapi takut”, “Tak apa. jom abang teman”. 

Tiba-tiba saja tak buat apa-apa pun dia selalu cakap, “Sayang ni baik la, rajin… Masuklah mana-mana pintu syurga yang sayang nak”. Aku balas gurau “nak masuk syurga yang ni..” sambil tunjuk tapak kaki dia. (Allahuu, padahal dia yang sangat baik dan rajin, tapi aku jarang hargai).

‘Tak apalah, nanti abang buat sendiri’

Setiap malam aku biasa tidur awal, jadi dia akan teman tidur dulu and make sure aku dah tidur nyenyak baru dia bangun semula. Kadang-kadang kalau aku terlelap awal sangat, dia akan settle kan semua kerja rumah basuh sidai baju. Dan bangun pagi, confirm katil dia kemas masa aku mandi.

Dia selalu kata “sayang ni macam Nobita la, letak kepala ja terus lena tak sedaq”. Masa last day tu, time prepare bekal untuk aku pergi kerja (sebab dia cuti, so tak ready pun makanan apa-apa untuk dia, I’m sorry abang), dia teman je aku kat dapur. Pelik, sebab biasanya time tu dia selalu buka ceramah kat TV. “Nak air kopi dak hari ini abang?”, “Tak apalah, nanti abang buat sendiri. Tak payah kemas and basuh, nanti abang buat. Dah pergi kerja…”

Sweater favourite dia

Dia, seorang yang sangat menyenangkan. Anak yang sangat baik untuk mak ayah. Suami yang sangat sempurna, layan isteri macam little princess sampaikan banyak benda yang aku tak reti buat sebab dia uruskan semua. Abang dan adik yang sangat prihatin kepada adik-beradik dan family. Pak Lang yang baik untuk anak-anak buah dan sahabat yang ceria untuk semua orang.

Gambar sweater favourite dia. Selalunya dia akan tidur pakai sweater ini sebab aku jenis panas, dia jenis sejuk. Tapi dia menangkan isteri untuk buka aircond kuat-kuat. Ya, abang akan sentiasa ada. Dalam hati kami semua.

Sumber: Dalila Zolkofli, Nur Izatti Zolkofli

SKIP THIS AD ×