berita

Suami Mengamuk Tetak Kepala Isteri, Simpan Dalam Bekas & Jinjing Ke Balai Polis

November 13th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Di India, seorang lelaki yang dikenali sebagai Naresh Kumar telah menyerahkan diri di balai polis, Agra selepas dia bertindak kejam dengan menetak kepala isterinya, Shanti. Apa yang lebih mengejutkan apabila suspek telah menjinjing kepala mangsa bersama-samanya ke balai polis tersebut.

Tetak kepala isteri

Menerusi Hindustan Times, kejadian itu dikatakan berlaku semasa suspek sedang mengambil minuman keras di rumahnya sebelum dihalang oleh mangsa. Suspek yang terlalu berang terhadap isterinya itu kemudian bertindak kejam dengan menetak dan memenggal kepala mangsa.

Suspek yang berusia 30 tahun ini bekerja sebagai seorang mekanik mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah menetak kepala isterinya itu menggunakan objek tajam. Suspek dikatakan telah mengheret mangsa ke dalam bilik yang lain sebelum bertindak memenggal kepalanya.

Pasangan yang mempunyai 4 orang anak ini telah mendirikan rumah tangga sejak 17 tahun yang lepas. Tetapi hubungan perkahwinan mereka sentiasa dilanda masalah dan kerap bertengkar kerana suspek dikatakan sering mabuk.

Anak jumpa mayat tanpa berkepala

Menurut jurucakap polis, Rohan Pramod Botre berkata suspek kemudian telah memasukkan kepala mangsa ke dalam satu bekas sebelum mengunci mayat mangsa yang tidak berkepala itu di dalam bilik tersebut.

Pada keesokan harinya, anak-anak pasangan ini mencari ibunya tetapi mereka tidak menemuinya. Mereka kemudian terus mencarinya sebelum akhirnya berjaya membuka pintu bilik itu dan menemui mayat mangsa tanpa kepala dan dipenuhi dengan darah di lantai bilik tersebut.

Mereka terus memaklumkan kejadian itu kepada anggota keluarga lain yang menghubungi polis.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati suspek cuba membersihkan bilik tersebut untuk membersihkan darah dan pihak polis berjaya menemui senjata yang digunakan suspek untuk membunuh isterinya itu.

Suspek akan dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat dan kemudian akan dihantar ke penjara.

Sumber: Hindustan Times

SKIP THIS AD ×