berita

Suami Merungut Isteri Boros Sebab Habiskan RM100 Dalam 25 Hari – ‘Wajar Ke Saya Kahwin Lain?

September 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sudah menjadi lumrah berumah tangga, tanggungjawab si suami adalah memberi nafkah dan menjaga kebajikan isteri dan anak-anak. Namun kali ini lain pula kisahnya apabila seorang suami mengadu isterinya bersikap boros hanya kerana wanita itu menghabiskan wang belanja bulanan yang diberi dalam tempoh 25 hari.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Habis RM300 Beli Barang Dapur, Suami Tengking & Maki Kata Isteri Boros

Merungut isteri ‘boros’

Sekadar gambar hiasan (Astro Awani)

Luahan si suami di media sosial telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tuduhan lelaki tersebut kepada isterinya. Menerusi laporan Wolipop, lelaki yang berasal dari Indonesia berkenaan merungut mengenai sikap ‘boros’ isterinya yang didakwa telah menghabiskan wang belanja bulanan sebanyak 350,000 rupiah (RM106) dalam masa 25 hari sahaja sedangkan duit itu untuk digunakan selama sebulan.

Tidak terhenti di situ, lelaki itu juga mendakwa isterinya bersikap panas baran dan setiap kali ditanya mengenai perbelanjaan bulanan, wanita itu akan mula ‘membuat perangai’.

Sebagai suami, saya hairan bagaimana dia membelanjakan wang secara boros begitu. Apabila ditanya ke mana habisnya duit, dia marah, mengamuk, mengugut, mogok enggan masak dan macam-macam lagi.

Boros dan cepat naik marah. Wajarkah kalau saya cari pengganti atau berkahwin lagi.

Hantaran tersebut telah tular dan menjadi perdebatan dalam kalangan warganet di Indonesia. Jika difikirkan secara logik, jumlah sedemikian juga tidak cukup untuk menampung perbelanjaan selama sebulan memandangkan harga barang semakin naik dan kos sara hidup juga kian meningkat. Dalam kesempatan itu, warganet turut berharap agar para suami lebih bertolak ansur selain cuba memahami keadaan ekonomi pada zaman sekarang dan bukannya hanya menuding jari menyalahkan isteri.

Sumber: Wolipop

SKIP THIS AD ×