Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga iaitu, suami yang wajib memberi nafkah serta menjaga kebajikan dan menyediakan keperluan untuk seisi keluarga termasuklah membeli barangan keperluan harian.
Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang suami dilihat memarahi dan meninggikan suara kepada isterinya selepas wanita itu membeli barangan dapur.
Suami kata isteri boros
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan seorang wanita sedang duduk di lantai dapur sambil mengemas bahan masakan yang dibelinya. Tetapi dalam masa yang sama, kedengaran suara seorang lelaki yang dipercayai merupakan suami wanita terbabit menengking dan memaki isterinya kerana berbelanja sehingga mencecah 1 juta rupiah iaitu bersamaan RM300.40.
Lelaki terbabit seakan tidak berpuas hati dengan jumlah yang dibelanjakan si isteri sehingga tergamak melemparkan kata-kata kesat kepada wanita itu. Bukan itu sahaja, dia mendakwa perbuatan isterinya itu merupakan satu pembaziran.
Setahun ke depan ini, jangan berbelanja macam ni lagi. Faham tak?
Si suami kemudian menyuruh isterinya untuk membersihkan peti sejuk meskipun jam sudah menghampiri 2 pagi. Menerusi video tersebut, kedengaran lelaki itu berkali-kali meninggikan suara dengan menuduh isterinya seorang yang pemboros.
Video tersebut dipercayai berlaku di Indonesia namun tidak dapat dipastikan kesahihannya dan bila kejadian itu berlaku. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dan geram melihat tindakan lelaki terbabit. Menurut mereka, kos perbelanjaan tersebut adalah normal pada masa kini, lebih-lebih lagi dengan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.
Video
Sumber: TikTok