berita

Permohonan Taklik Noniswara Diteruskan

May 28th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

ana_lulu_010

Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharuddin khabarnya telah pergi ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini untuk menyelesaikan kes penceraian dia dengan suami, Datuk Rosman Ridzwan.

Mahkamah Rendah Syariah telah memutuskan hari ini (Selasa) untuk meneruskan perbicaraan kes penceraian secara taklik pada 18 Jun depan walaupun suaminya enggan tampil ke mahkamah.

Dalam pada itu, Peguam Syarie yang mewakili Noniswara, Datuk Amli Embong memberitahu bahawa pihaknya akan menghantar notis saman penyampaian gantian kepada Rosman dengan cara menampal notis di pejabat tempat defendan bekerja setelah usaha sebelum ini gagal.

Menurut Amli lagi, permohonan taklik dibuat selepas gagal mendapat kerjasama daripada Rosman selaku defendan bagi menyelesaikan kes penceraian itu secara baik.

Noniswara-dan-Datuk-Rosman-Ridzwan

Nonis dan Rosman di hari perkahwinan mereka

Pada 18 April lalu, Noniswara menarik balik permohonan cerai secara baik selepas gagal menyerahkan surat permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Namun pada 9 Mei lepas, pelakon itu memfailkan permohonan cerai secara taklik mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk pengetahuan semua, Noniswara dan Rosman mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009. Noniswara mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya manakala Rosman memiliki lima anak sebelum berkahwin dengan aktres itu.

Sumber: mStar Online

Jom tengok video keek Noniswara yang sempat dirakam sebelum memasuki mahkamah.

May 27, 2013 | Court , 28th may 2013.. 9am by noniswara on Keek.com

SKIP THIS AD ×