berita

Dapat Ilham Dari Mimpi, Suami Orang Luah Hasrat Berkenalan Dengan Uqasha

November 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebagai selebriti, bermacam kerenah peminat perlu dihadapi. Begitulah resam dan adat menjadi orang yang dikenali, dimana mereka perlu selalu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

Uqasha Senrose mendedahkan dia menerima satu mesej di Instagramnya yang membuatkan dia terkedu dan seram sejuk dibuatnya.

‘Saya sebenarnya dah kahwin’

Mesej yang diterima dari individu yang tidak didedah pelakon itu kemudiannya dimuatnaik Uqasha di Instastorynya. Dalam mesej itu, lelaki berkenaan mengatakan dia kerapkali termimpikan Uqasha dan dirinya namun bukanlah diklasifikasi sebagai mimpi keterlaluan.

Tambah mengejutkan individu itu berterus-terang mengatakan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Menurutnya lagi, dia hanya mengikut kata hatinya untuk menghubungi Uqasha walaupun dia sedar sudah tidak berstatus bujang lagi.

Tak niat kahwini

Malahan, tanpa berselindung, individu itu meluahkan hasrat berkenalan dengan aktres terbabit. Bagaimanapun, dia menafikan mempunyai agenda lain seperti untuk mengahwini Uqasha sebagai isteri kedua.

Dia mengakui mempunyai sedikit rasa sayang terhadap kakak kepada Nelydia itu namun menegaskan dia tidak memaksa Uqasha berbuat demikian asalkan dia mencuba untuk berkawan dengan aktres berkenaan.

Ujarnya lagi, dia tidak sanggup berjumpa dengan tok kadi untuk kali kedua dan mengatakan dia menghulurkan salam perkenalan atas desakan kata hati.

Sumber: Uqasha Senrose

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×