Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin kini memiliki kerjaya yang tetap demi membantu ekonomi keluarga. Rata-rata daripada mereka rela menghadap bebanan kerja di pejabat dan pada masa yang sama menjadi suri rumah. Bagaimanapun, beban kerja yang banyak ini menjadi salah satu penyebab di mana ramai dalam kalangan isteri berasa tertekan sehingga memberi impak negatif terhadap keharmonian rumah tangga.
Perkongsian pengguna Facebook Abu Hannah ini mungkin boleh diambil iktibar dan pengajaran tentang cara mengawal emosi isteri yang seterusnya membantu membahagiakan sesebuah rumah tangga.
Mula-mula kahwin geram juga
Intan kalau dia call aku, pastu dia tak bercakap tu aku tahu dia ada benda tengah bengang la tu.
Pastu bila dia bercakap, dia macam nak provoke aku dengan soalan-soalan dia tu aku tahu, maknanya dia nak lepaskan geram la tu.
Dulu awal-awal kahwin aku tak faham juga. Jadi geram juga. Bila dah lama-lama ni aku dah jadi masak.
Zaman sekarang ni, tekanan kadang-kadang teruk sangat. Semua orang kena tekanan yang berat. Sampai aku tengok kes-kes anxiety ni macam dah common. Effect tau rumahtangga especially kalau yang tekanan tu IBU dalam rumahtangga.
Suami perlu beralah, dengar masalah isteri
Sebab contoh macam aku suami kan? Aku of course nak isteri aku layan, belai dan sebagainya. Tapi dia pula bekerja bantu aku, dan dia terdedah dengan pelbagai tekanan dan masalah kat tempat kerja. So aku kena banyak beralah dan aku kena banyak dengar masalah dia.
Bila aku start praktikkan benda ni, iaitu dengar masalah. Aku nampak banyak perkembangan positiflah. Layanan dia makin baik pada aku. Degil tu makin kurang.
Sebenarnya isteri ni 1 je… Kau jangan biasakan dia handle perasaan dia sorang-sorang terlalu lama. Kau biasakan buat benda ni, akan beri kesan negatif kat perkahwinan kau.
Mai bab agama ka… Mai bab dalil hadis dan Al quran ke, isteri ni kalau dia dah stress semua tu dia langgar. Ni realiti zaman ni. Beza zaman dulu wanita tak ramai bekerja. Even anak berbelas orang pun dia suri rumah. Bila suami takde dia bos kat rumah.
Kalau suami tak faham perasaan isteri, siapa lagi
Haa… Zaman ni isteri bekerja. Ada bos kat tempat kerja dan ada bos kat rumah pula. Kalau kita tak faham perasaan isteri kita siapa lagi nak faham?
Bila dorang nampak je stress ko cepat-cepat datang dengar dan luangkan masa sekejap untuk mendengar. Sebab bukan semua masalah boleh selesai masa tu juga. Tp at least isteri ni, bila dia tahu suami dia ada bersama dikala dia stress, depa dah lega.
Mendengar masalah isteri ni adalah mesej kita pada isteri kita bahawa kita sayangkan mereka, kita ambil berat pasal mereka dan kita ada untuk mereka. Perbuatan kita tu yang mereka nilai.
Yela… Kadang-kadang kita kata kita sibuk, so sebab tu tak sempat nak luangkan masa. Tapi niat kita masih sayangkan isteri kita kan?
Manusia mana boleh access dan lihat niat hati manusia lain. Manusia hanya Allah beri kelebihan menilai manusia melalui perbuatan mereka.
Dan perbuatan seorang suami berusaha meluangkan masa mendengar keluhan isteri itu dinilai sebagai ‘suami aku sayangkan aku ‘.
Faedah luangkan masa dengar masalah isteri
Dan kau tahu bila kau buat je mcm tu? Iaitu luangkan dalam 15 minit untuk dengar keluhan isteri apa faedah kau akan dapat?
Pertama, isteri akan hargai dan hormati suami. Kedua, isteri akan mudah terima nasihat sebab dia tahu dan yakin suami yang nasihat dia itu hormat perasaan isterinya dikala isterinya bersedih. Ketiga, isteri akan sendirinya meningkatkan kualiti layanan kepada suami. Keempat, dalam banyak-banyak urusan, isteri akan dahulukan urusan suami berbanding urusan lain.
Kelima, hak suami akan dijaga dengan rapi sebab isteri tahu lelaki ini cintakan dia. Dan sesuai dengan saranan agama isteri adalah penjaga amanah suami. Dan terakhir, kepala otak suami akan lebih lega dan dapat elakkan isteri tantrum tak kena masa. Sebab biasanya tantrum isteri ni sebab ada benda dorang tak puas hati dengan suami tu. Dan antara yang ramai perempuan tak puas hati pada suami ialah sebab suami dorang asyik takde masa dengan dorang.
Banyak lagi faedah lain bos… Nampak, kesan 15 minit kau luangkan masa dengar keluhan isteri, tanya khabar isteri setiap hari akan bawa banyak benefit dalam perkahwinan kau.
Isteri cuma nak masa
Sebab tu rumahtangga ni masalah utama bukan tak cukup duit. Tapi sebab tak cukup masa. Masa lebih berharga daripada emas.
Isteri tu cuma nak MASA. Dia nak kita sebagai suami ni ada dikala mereka rasa takde sesiapa dalam dunia ni pedulikan mereka.
Sebab bila seorang wanita tu berkahwin je, mereka tinggalkan seluruh keluarga, kawan-kawan dan kehidupan lama mereka kerana mereka bersetuju mengikuti suami dan alam kehidupan suami. Mereka rasa alone.
Wanita rasa tak dihargai
Zaman berubah sebab zaman ni masa bergerak pantas. Manusia makin sibuk. Wanita ramai bekerja. Maka sebab tu ramai wanita tekanan, rasa tak dihargai selepas banyak yang dikorbankan.
Berbeza dengan zaman dulu ramai wanita yang tidak bekerja. Even anak ramai zaman dulu-dulu tapi di rumah mak-mak menjadi bos.
Dan lagi pula, orang zaman sekarang menganggap wanita suri rumah ni mcm low education. Padahal yang suri rumah tu ramai pemegang PHD. Sebab buat kerja freelance. Part time lecturer.
Education bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan zaman sekarang. Mana-mana ada education. Sebab ramai mak ayah yang high education.
Apa yang paling penting ialah ADAB. Itu yang kita perlukan. Ramai isteri hari ni jadi BIADAP sebab suami terlalu sibuk dan takde masa nak didik isteri. Dan sebab ramai suami yang tak beradab dengan isteri sendiri.
Kemon gaiss… Kita lelaki. Please take this as our responsibility gais. Rosak sesebuah ketamadunan adalah kerana banyak wanita yg dirosakkan fikiran mereka kerana pelbagai tekanan. Nak keluarga bahagia? Jaga IBU dalam keluarga tu.
Sumber: Facebook Abu Hannah