Setiap pergaulan seharusnya mempunyai batas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Secawan Kopi, Adik Ipar Terlanjur Dengan Kakak Ipar Hingga Mengandung – ‘Isteri Tak Layan Sama Macam Dia’
Artikel Berkaitan: Gadis 19 Tahun Rac*n Adik Ipar Sampai Mat* & Sorok M*yat Belakang Almari..Suami Nekad Lafaz Cerai Talak 3
Selesa dengan anak buah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang berstatus suami akui selesa dengan kehadiran anak buah yang menumpang di rumah.
Ujarnya, anak buah memiliki personaliti yang bertentangan dengan isteri.
Anak buah perempuan tumpang rumah kami sebulan dua dari kampung.
Umur 23 tahun, bab tumpang saya tak kisah sangat.
Jadi masalah bila ada peluang, kami akan tengok televisyen dan borak sama-sama.
Tapi isteri di bilik, main dengan anak.
Kian hari saya selesa dengan cara dia yang peramah, kelakar dan pandai bergurau.
Berkongsi lebih lanjut, hal ini menjadi besar padanya apabila kerap terkenang anak buah ketika sedang bekerja.
Isteri beri galakkan
Dalam pada itu, individu terbabit memaklumkan bahawa isteri tiada masalah dengan bantuan anak buah yang menyediakan kelengkapan dirinya.
Kebelakangan ini anak buah gosok baju kerja saya, siapkan sarapan.
Isteri perasan perkara ini. Dia kata bagus sebab bantu mudahkan kerja dia.
Sumber: TikTok cuithathie