Gambar sekadar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita di China telah didakwa kerana jenayah penipuan selepas menipu tiga orang lelaki dan mengahwini mereka walaupun dia sudah bersuami.
Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki & Isteri Ada Skandal..Tapi Masing-Masing Tak Nak Cerai?
Artikel Berkaitan: Berang Isteri Curang, Suami Tetak Teman Lelaki Isteri Guna Sabit
Suami sentiasa sibuk
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Oddity Central, Zhou, 35, sudah berkahwin dan suami Zhou juga dikatakan mempunyai perniagaan sendiri.
Walaupun begitu, suaminya sentiasa sibuk dengan kerja dan tidak memberi perhatian kepadanya sehingga menyebabkan Zhou mula mencari suami baharu beberapa tahun lalu.
Oleh kerana wajahnya yang cantik, dia berjaya memikat tiga orang lelaki dan berjaya memujuk mereka semua untuk berkahwin tanpa menimbulkan syak wasangka suaminya.
Difahamkan, Zhou ingin mengadakan majlis perkahwinannya hanya untuk mengutip hadian dan wang daripada tetamu.
Bagi memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar, dia sanggup mengupah pelakon untuk menjadi keluarga dan rakannya.
Minta lebih banyak wang
Gambar sekadar hiasan
Namun, rancangan Zhou mula gagal tahun lalu apabila dia cuba meminta lebih banyak wang daripada salah seorang suami palsunya, seorang lelaki bernama Zhang, dengan memberitahunya bahawa dia mengandung anak kembar.
Zhou memberitahu Zhang bahawa dia ingin bersalin dengan ibunya di kampung dan meminta Zhang membayar semua perbelanjaan. Zhou sentiasa menghantar gambar hasil pemeriksaan palsu dan juga gambar bayi baru lahir yang dimuat turun dari internet.
Selain itu, Zhou turut mengupah pelakon untuk memainkan watak sebagai doktor yang melahirkan anak kembarnya. Namun, apabila Zhang melawat Zhou bersama ibunya, mereka mula curiga apabila dokor lelaki itu tidak dapat menjawab soalannya.
Zhang akhirnya memeriksa latar belakang Zhou dan terkejut apabila mengetahui bahawa wanita itu sudah berkahwin secara sah.
Disebabkan itu, suami Zhou telah menceraikannya pada bulan April dan dia kini berdepan sekurang-kurangnya 10 tahun penjara selepas siasatan mendedahkan bahawa dia menipu wang tiga suami palsunya sebanyak 660,000 yuan (RM422,730)
Sumber: Oddity Central