Penyanyi, Syura Badron memaklumkan suaminya iaitu Muhammad Farizat telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Artikel Berkaitan: Syura Badron Menangis Besarkan Anak, Mengaku Badan Sakit & Tak Cukup Tidur
Suami Syura masuk hospital
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Zuraidah Badron menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.
Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan bahawa suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak.
Kejadian berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada Jumaat malam yang lepas.
Justeru, pelantun lagu ‘Nazam Berkasih’ ini memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar suaminya dikurniakan kesembuhan.
Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian Allah ini.
Semoga ada hikmah yang baik di sebalik ujian ini.
Suami masih mampu tersenyum
Sementara itu, penyanyi berusia 37 tahun memaklumkan bahawa suaminya merupakan seorang yang sangat kuat sehinggakan masih mampu untuk tersenyum di hadapannya dan anak-anak.
Buat suami saya, awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa.
Dalam menahan sakit, awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
Terima kasih sebab bertahan untuk saya dan anak-anak. Semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya buat awak.
Dan semoga ini menjadi asbab pahala yang besar buat awak, saya akan selalu ada untuk awak selamanya.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berharap agar Syura tabah dengan ujian ini dan mendoakan agar suaminya diberikan kesembuhan.
Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Muhamad Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof pada Mac tahun lalu.
Untuk rekod, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Sumber: IG Syura