berita

Syura Badron Menangis Besarkan Anak, Mengaku Badan Sakit & Tak Cukup Tidur

July 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi Syura Badron akui pengalaman menjaga cahaya mata keempatnya sedikit mencabar fizikal apabila kali terakhir menguruskan anak kecil adalah pada 12 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Syura Badron Anggap Zaki Jinggo Peminat – ‘Kenakalan Saya, Membuatnya Teringat Sampai Sekarang’

Artikel Berkaitan: Syura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Muhammad Umar Eussof

‘Sampai menangis’

Menerusi perkongsian di IG Story, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, berkata dia merasa bangga dengan pengorbanan yang telah dilakukan dalam membesarkan anak-anaknya.

Malah, dia akui sebak sehingga menitiskan airmata apabila mengenang semula pengorbanan tersebut.

Selepas 12 tahun tak ada baby, kali ni betul-betul mencabar badan aku. Sakit badan, tak cukup tidur tu semua dah jadi kebiasaan. Sampai satu tahap, kita menangis sendiri.

Bukan menangis sebab sakit, tapi menangis sebab bangga dengan pengorbanan yang kita buat demi membesarkan anak-anak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Nazam Berkasih itu turut melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang suami yang sentiasa memahami dan membantu dalam menjaga bayi mereka.

Bertuahnya aku dapat suami yang sentiasa memahami dan rajin membantu (walaupun kadang-kadang dia selalu lawan berdengkur dengan anak dia).

Aku salute semua para ibu dekat luar sana yang jaga anak tanpa ada pembantu/maid! Semoga Allah berikan kita kesihatan dan kekuatan untuk kita enjoy every moment as a mothery, ia tidak ternilai.

Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Muhamad Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.

Pada 13 Mac lalu, Syura selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof secara normal di salah sebuah hospital di Johor Bharu, Johor.

Sebelum itu, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia,14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×